Friday, January 7, 2011

Rahsia Telefon Bimbit


PERKARA YANG ANDA TAK TAHU TENTANG 
TELEFON BIMBIT

















Tahukah anda bahawa telefon bimbit
anda sedikit sebanyak boleh membantu dikala 
kecemasan.Banyak perkara yang boleh anda 
lakukan,antaranya : -



1) NOMBOR KECEMASAN

- Sentiasa ingat bahawa nombor kecemasan
untuk semua telefon adalah 112.Jika anda dalam 
kecemasan dan berada dikawasan tiada liputan 
untuk semua talian telefon bimbit yang anda
gunakan,cuba dail nombor kecemasan 112.Ia boleh 
digunakan walaupun di kawasan yang tiada liputan 
dan lebih menarik lagi,ia boleh terus didail
walaupun papan kekunci telefon bimbit anda dikunci 
(Keypad lock ).


2) KERETA TERKUNCI


- Pernahkah anda tertinggal kunci kereta
dalam kereta dan kereta anda ketika itu terkunci 
dari luar. Mesti anda lakukan pelbagai cara untuk 
mendapatkan kembali kunci bagi membuka semula 
kereta anda.Jangan risau,telefon bimbit boleh 
membantu, tapi bagi kereta yang menggunakan 
system penggera (alarm) sahaja. Caranya, cuba 
anda hubungi seseorang yang berada di rumah.
Minta dia ambilkan kunci pendua kereta anda.
Kemudian pegang telefon bimbit anda dari jarak 
kira-kira 30 sm (satu kaki) dari kereta yang terkunci 
itu.Minta pula keluarga atau teman di rumah menekan 
punat ¡ ON ¢ pada kunci pendua kereta dan pastikan 
dia menekan dengan mendekatkan pada telefon 
bimbitnya. Pasti kereta anda tidak terkunci lagi,
malah ia boleh dilakukan dari jarak beratus-ratus 
kilometer dari tempat kereta anda berada.Kerana 
itu juga, penting untuk anda menyimpan kunci 
pendua atau meminta orang yang anda percayai 
untuk menyimpannya. Penting juga penggunaan telefon 
bimbit dalam keadaan sebegini. Kaedah ini memang 
berkesan kerana beberapa orang telah mencubanya.

3) KUASA BATERI TERSEMBUNYI

- Mungkin ramai tidak tahu,telefon bimbit yang 
telah kehabisan bateri masih boleh digunakan 
dalam keadaan kecemasan kerana ia mempunyai 
fungsi untuk menyimpan bateri tambahan. Bayangkan 
jika bateri telefon bimbit anda sudah terlalu lemah 
atau mati sedangkan anda perlu melakukan panggilan 
penting atau berada dalam kecemasan. Telefon bimbit 
jenis Nokia didatangkan dengan bateri simpanan.Untuk 
mengatifkannya, tekan kekunci ¡ *3370# ¢. Telefon 
bimbit anda akan berjaya dihidupkan semula dan 
skrin telefon akan memberitahu telefon tentang 
penambahan kuasa bateri sebanyak 50 peratus. Kuasa 
tambahan ini juga akan dicas semula bila anda 
mengecas telefon bimbit anda.


4) TELEFON KENA CURI


- Bagaimana jika telefon bimbit anda dicuri. Anda 
boleh menjadikan ia tidak dapat diaktifkan dengan 
menekan nombor siri yang terdapat di telefon bimbit 
anda,sila dail *#06# dan 15 digit nombor siri telefon 
bimbit anda akan tertera di skrin.Nombor ini adalah 
unik untuk setiap telefon bimbit.Catatkan nombor siri 
ini dan simpannya di tempat Selamat.Bila telefon 
bimbit anda dicuri,anda boleh hubungi pusat servis 
telefon bimbit anda dan berikannya kod nombor 
siri tersebut.Mereka kemudiannya akan mengunci 
system dalam telefon bimbit anda dan sesiapa sahaja 
yang mencurinya pasti hampa kerana walaupun kad 
simnya telah ditukar,dia tidak akan berupaya 
mengaktifkan kembali telefon bimbit tersebut. Jadi, 
walaupun ia di curi,namun sekurang-kurangnya anda 
berpuas hati kerana si pencuri takkan boleh 
menggunakannya ataupun menjualnya.

http://berita-harian-online.com/rahsia-telefon-bimbit/

2 comments:

wawa toonsgarden said...

bagusnya artikel ni. malu plk nk ngaku, semua tips ni x prnah tahu pun sblm ni :O)

Unknown said...

hehehe..bagus..tp xpernah try pun g nie..leh save tips ni ;)