Saturday, October 26, 2013

My title..

KAEDAH PENGAJIAN SYARIAH (IXGH6111)

*Student individual/oral presentation (11.12.2013)
*Inovasi Hukum Tanpa Qiyas Usul al-Fiqh konvensional
*Masih mencari maklumat. Ada idea ley kongsi bersama... ",)






Friday, October 25, 2013

CintaPutusBila.. but.. ",)

Tipulah..Bila mulut cakap tak sakit, padahal hati rasa nak gugur bila ditinggalkan oleh orang yg kita sayang..

Tipulah ..Bila tiap-tiap hari simpan niat dalam diri yang kita akan lupakan dia..padahal dia jugak yang muncul dalam kotak memori bersama dengn kenangan yang ada..

Tipulah..Bila kita cakap tak nak kisah pasal dia..dan akhirnya dia juga yang kita kisah dan cuba ambil tahu kehidupan dia macam mana..

Tipulah..Bila diri ni pernah simpan niat,bahawa kita takkan pernah menangis kerana dia..dan akhirnya dia juga yg kita tangisi..

Serius..diri ni pernah rasa semua tu..pernah rasa saat-saat sakit sampai demam bila ditinggalkan..Pernah rasa semangat dalam diri ni hilang seperti hilangnya dia dari hidup ni..

Tapi ..Sungguh Allah itu Maha hebat..disaat diri ni rasa kehilangan..

Dekat Dia juga diri ni menangis dan memohon supaya ditarik rasa sakit dihati ni..

Dekat Dia juga diri ni mohon sungguh-sungguh ..banyak-banyak kali..supaya dihilangkan beban kecewa dihati ni..

Dekat Dia juga,diri ni berdoa supaya dibantu diri hambaNya yang lemah ini supaya redha atas kehilangan dia agar Allah juga redhai perjalanan hidup kita..

Dan..setiap kali itulah..rasa ditiup semangat dan kata-kata dalam diri ni..bahawa ada orang lain lagi susah daripada ku..lagi sedih hidupnya daripada ku..

Dan setiap kali itu juga diri ni dapat rasa..akal fikiranku seperti menasihati supaya Bersabar dan Redha atas apa jua ketentuan dan takdir yang sudah lama Allah tetapkan..

Dan makin lama,diri ni mula memahami..mula menjadi lebih kuat..mula belajar senyum dengan ikhlas…mula menyimpan azam menjadi muslimah yang lebih baik..dan mula belajar melepaskan dia..

Sungguh memang diri ni faham..sangat-sangat faham hati memang sakit bila ditinggalkan orang yang kita sayang..

Tapi selalu mesti ada sebab..Selalu mesti ada hikmah Allah nak tunjuk..Selalu mesti ada benda Allah nak ajar..

Bersyukurlah atas nikmat lain yang masih kau miliki..

Kalau diikutkan masih banyak nikmat yang Allah dah bagi..diberi mata supaya dapat melihat keindahan ciptaan Allah yang maha hebat..diberi hidung supaya dpat menghirup nafas segar milik Allah yang sangat menyenangkan hati..dan banyak lgi nikmat lain yang Allah bagi secara PERCUMA!

Maka,

Pandanglah pada hikmahnya atas kehilangan..bukan kesedihannya..Pandanglah pada manisnya kehilangan..bukan pahitnya..

Berdoalah yang baik-baik kepada dia..bukannya makian..Allah pasti menggantikan yang lebih baik daripada dia..Yakinlah kepada Allah ..

Jangan lupa..jadilah hamba Allah yang lebih baik akhlaknya,imannya,taqwanya..sebab lelaki yang baik utk wanita yang baik..begitu juga sebaliknya




Friday, October 11, 2013

My Graduation Day

Dah seminggu berlalu... btw, nak juga selitkan kat sini kenangan hari graduasi, myhappyday..Alhamdulillah..4/10/2013 ;)

5/10/2013-Jazakumullahukhairankasira kepada semua pensyarah, byk m'bantu, m'beri nasihat dan tunjuk ajar kepada kami... ilmu yang diberi X akan ku p'siakan...insyaAllah
Buat sahabat2 yang sentiasa di sisi, susah senang harungi hari2 menuntut ilmu..jazakumullahukhairankasira & tahniah atas kejayaan semua..  remember our sweet memories..ukhuwah selamanya..
Teman dulu, kini, & selamanya... thanks a lot ^_^
Keluarga kita...
Terima kasih, Jazakumullahukhairankasira.. mak & ayh.. kasih sayang kalian jadi pembakar semangat buatku di perantauan...
Terima kasih keluarga tercinta... pada semua.. Jazakumullahukhairankasira..

Alhamdulillah..syukur pada-Mu Ya Allah, memberiku peluang merasai hari-hari bahagia bersama orang yang menyayangiku...semoga aku tidak menjadi manusia yang alpa, kejayaan dunia moga membawa kejayaan akhirat yang abadi...jadikan aku hamba-Mu yang bersyukur dan sentiasa mengingati-Mu Ya Allah..Aamiiinn

Pada semua..... , yang pernah membantuku.. syukran jazilan atas pertolongan & bantuan y diberikan.. mohon maaf salah silap diri ini... hanya doa ku kirimkan.. semoga kalian success.. kita semua.. dunia & akhirat...


Tuesday, October 1, 2013

Pre-Konvo

Setelah 4tahun menuntut ilmu di UNIVERSITI MALAYA Kuala Lumpur.. akhirnya. 4 Oktober 2013.. tiba masa bergraduasi.
Terima kasih kepada semua..keluarga, pensyarah, sahabat2... susah senang, suka-duka, kita bersama.


 Selamat bergraduasi, batch SMPM 09/10...