Monday, November 21, 2016

Duhai wanita..kerana engkau Permaisuri 💗

Kau digelar sebagai penyeri dunia,
Hadirmu pelengkap hubungan manusia,
Bukan sahaja dirindui yang biasa,
Malah Adam turut sunyi tanpa Hawa.

Akalmu senipis bilahan rambut,
Tebalkan ia dengan limpahan ilmu,
Jua hatimu bak kaca yang rapuh,
Kuatkanlah ia dengan iman yang teguh.


#DuhaiWanitaPermaisuriHati



Friday, November 18, 2016

terrible horrible very bad day

Ujian tanda Allah sayang...

Terlanggar motor abang mana..patah handbreak dia. Tinggal nota & duit je. Moga dia maafkan & halalkan. Sedih.. "Maaf bang, saya terlanggar, x sengaja..."

Surface rosak .. semangat tengok youtube bagai cara buka. Siap beli alat untuk buka sendiri. Gigihnya..tp still can't repair.. help meee!!!

At the same time, laptop buat hal.. sound trouble, keypad "u" pun rosak, nak kene copy paste jak. syukur nik! dia xmati terus. " ada org kata.. cik nik kene cari "u" tu.. i & u.. hahaha :p

Bertabah la cik nik.

Hujung minggu dengan agenda yang dulu. Semoga dipermudahkan.

Dah mcm apa merapu kat sini.. Ya Allah.





Thursday, November 3, 2016

"Ia Milik AHMAD"

Assalamualaaikum wb.t
.
Rentetan bacaan buku KHUTBAH TERAKHIR RASULULLAH- Ibnu Rijal, ingin saya kongsikan isinya di sini, antara yang menarik perhatian saya di awal pendahuluan. Bertapa beruntungnya kita umat Nabi Muhammad s.a.w. Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Firman Allah SWT dalam al-Quran surah al-Anbiya' : 107,

وَمَآ أَرۡسَلۡنَٰكَ إِلَّا رَحۡمَةٗ لِّلۡعَٰلَمِينَ (107)
Dan tidak Kami utuskan engkau ya Muhammad melainkan sebagai rahmat kepada seluruh alam
Kisah ayahanda kita, Nabi Adam a.s dibuang ke dunia, namun kembali dapat pengampunan Allah SWT. Baginda berdoa sebagaimana dalam al-Quran, "robbana zolamna anfusana, wa in lam taghfirlana, warhamna lana ku nanna minaz zalimin".

Namun disebalik kisah ini,ada kaitan dengan Nabi kita Muhammad SAW. Ketika Nabi Adam memohon ampun kepada Allah SWT, baginda berdoa, "Ya Allah, demi kemuliaan Muhammad, ampunkanlah dosaku..." Allah SWT bertanya kepada Nabi Adam, "Bagaimana engkau kenal Muhammad, sedangkan dia belum aku ciptakan?" Kata Nabi Adam, "Aku pernah melihat tertulis di singgahsanaMu, "TIADA TUHAN YANG DISEMBAH SELAIN ALLAH DAN MUHAMMAD ITU PESURUH ALLAH", jadi, pasti dia insan yang mulia hinggakan Engkau meletakkan namanya selepas namaMu." Allah SWT membenarkan kata-kata Nabi Adam itu, kemudian mengampunkan baginda berkat dari rahmat Muhammad SAW. -petikan buku Khutbah Terakhir Rasullullah.

Lagi sambungan, kisah Nabi Musa a.s berdoa kepada Allah,


'Kita umat Ahmad"

-  umat terbaik dari kalangan manusia
-  umat terakhir dikeluarkan ke bumi dan terawal memasuki syurga
-  umat yang membaca kitab sepenuh hati, mampu menghafalnya
- umat yang beriman dengan apa yang disampaikan, juga tentang umat2 sebelumnya, dan umat terpilih menghadapi Dajal 
- umat yang beroleh pahala dengan hanya berniat (utk hal kebaikan), dan kalau lakukan, ganjaran digandakan seratus kali ganda kebaikan

Kerana hebatnya Nabi kita SAW, kita turut terkena tempias kemuliaan. Alhamdulillah..kita umat terpilih..Adakah kita antara golongan tersebut? sama-sama muhasabah diri, in shaa Allah

Buku yang sangat bagus untuk dihayati bersama. Memupuk cinta kepada Rasul kita Nabi Muhammad SAW. 
#semogabermanfaat
#kuCINTARasulullahSAW