Monday, December 13, 2010

Rasa ini...


Rasa ini...
Ya Allah hanya Engkau yang mengerti.....
Apa yang tersurat di wajah...
Apa yang tersirat di hati...
Tiada mampu lagi kumenepis..
rasa ini...

Berulang kali ku mencuba
Agar rasa ini jauh dari hati..
Bukan kerana aku benci..
tapi..
Bimbang hadirnya rasa ini...
Bisa menjauhkan aku dariMu...

Tapi Ar-Rahman...
Dikau berkuasa atas segalanya...
Rasa ini makin kuat aku menepis..
Makin mudah ia menghampiri...
Akhirnya...
aku pasrah jika ini ketentuanMU...

Ya Hanan..
Tiada insan mampu menepis rasa ini...
Rasa kasih, sayang, cinta dan rindu sesama insan..
Untuk itu Ya Karim...
Pimpinlah setiap kasih sayang cinta dan rinduku ini
Agar sentiasa di bawah pimpinanMu...
Janganlah sesekali rasa ini dibiarkan menghampiri murkaMu

Ya Ghaffur...
Andai rasa ini dibawah pimpinan dan redhaMu
Sampaikanlah rasa ini terus ke dalam hatinya
Tanpa sebarang bicara nyata..
Jadikanlah rasa ini pendorong kepadanya suka bermunajat kepadaMu di malam hari..
sayang akan Islam..
kasih akan ummat Muhammad SAW
cintakan jihad dan...
rindu untuk syahid...

Ya Allah..
pimpinlah rasa ini...
agar aku terus taqarrub denganMu...

Amin....

Hari ni...

Selesai m'register subjek... yang tinggal subjek jabatan, kene register manual disebabkan jadual b'tindih. Tahniah kwn2, rasenye sume dapat  add subjek Titas :). Alhamdulillah ada g kekosongan..skang leh balik kampung dengan senang hati la.


Ingat kan malam ni dah boleh balik...tapi tiket dah habis. So, dapat tiket esk..esk pun esk la..janji sampai umah...tp tiket x dapat g ni..Sya bila nak bagi nik?? den x sabo ni..hehehe..tq eh, dah tlong nik belikan tiket. Nanti nik blanje..kali ni jadi...hehe..xde yang kene basuh pinggan.. Am nanti teman nik taw...sorry melewatkan kepulangan Am..dah alang2 kan..leh balik sekali..:).


Hari ni, hitung jam tunggu esok. Sume dah settle. Selamat tinggal bumi UM. Kalau panjang umur, tahun depan semestinya saya datang lagi.


~Selamat Bercuti~

Sunday, December 12, 2010

Bunga Yang Indah


Dongakkan kepala ke langit biru, tundukkan wajah ke bumi yang hijau. Saksikanlah kilauan mentari, percikan cahaya bulan dan bintang. Langit yang dijadikan-Nya tidak bertiang, gunung-ganang tidak berpancang. Usah terlena dibuai keindahan, sesungguhnya pada segalanya itu terkandung pengajaran.

"Dan apa sahaja nikmat yang ada padamu dari Allahlah datangnya, dan bila kamu ditimpa kemudaratan maka hanya pada-Nyalah kamu meminta pertolongan." (Surah An-Nahl: 53)

Bunga Yang Indah | iluvislam.com + discover the beauty of islam

Saturday, December 11, 2010

Waktu


Ambil waktu untuk berfikir, itu adalah sumber kekuatan.

Ambil waktu untuk bermain, itu adalah rahsia dari masa muda yang abadi.

Ambil waktu untuk berdoa, itu adalah sumber ketenangan.

Ambil waktu untuk belajar, itu adalah sumber kebijaksanaan.

Ambillah waktu untuk mencintai dan cintai, itu adalah hak istimewa yang diberikan Tuhan.

Ambillah waktu untuk bersahabat, itu adalah jalan menuju kebahagiaan.

Ambillah waktu untuk tertawa, itu adalah musik yang menggetarkan hati.

Ambillah waktu untuk memberi, itu adalah membuat hidup terasa bererti.

Ambillah waktu untuk bekerja, itu adalah nilai keberhasilan.

Ambillah waktu untuk beramal, itu adalah kunci menuju syurga....

Friday, December 10, 2010

My celOteh...

   Dengan terjawabnya paper statistical analysis for management pagi tadi, maka berakhirlah sudah pembelajaran semester 1 sesi 2010/2011 bagi inter Jabatan Pengurusan Muamalat...ku doakan diri,kawan2 sejabatan juga x lupa adik2ku dan semua sahabat x kira d mana berada, semoga m'dapat keputusan cemerlang dan semoga semua ilmu2 yang dipelajari kekal dlm ingatan dan dapat diamalkan...insyaAllah..amin...


Tentang subjek sem depan(inter JSP)...Sem 2,2010/2011 Memandangkan kos pengurusan ni 4thn(SPET = Program Pengajian Empat Tahun), maka p'daftaran subjek untuk kami belum dibuka. Macam biasa, kos yang 3thn (SPTT = Program Pengajian Tiga Tahun, SPTST = Program Pengajian Tiga Setengah Tahun) didahulukan dulu...subjek U yang penting ni...sape cepat dye dapat...tp sememangnya kami x diberi peluang untuk cepatkan diri..kene terima hakikat...huhuhu...isnin ni baru leh start daftar...pagi2 2 cepat2 la daftar, harap2 ada g kekosongan.


Pada kwn2 'esprit de corp', beramai2 la kita berebut memenuhi kekosongan ye..pesan Zaki, utamakan TITAS dulu k...t kan ada yang t'tinggal, susah plak, nak susun jadual plak rumit t. Kita kan bersatu, so mesti sama2 yer...;) bergerak seiring g2... hehehe..moga succes...


Ni subjek2 sem depan...

1. INTRODUCTION TO ACCOUNTING 
2. ISLAMIC MARKETING MANAGEMENT 
3. ISLAMIC WEALTH MANAGEMENT 
4. HUMAN CAPITAL DEVELOPMENT IN ORGANIZATION 
5. QAWAID TAFSIR
6. ENGLISH PRESENTATION SKILL
7. TITAS (lau ada perubahan gtaw ;))

Hope x de masalah la ngan subjek2 ni semua. Dengar2, Qawaid susah..hmmm... xleh2,set in mind 'senang'. Subjek2 lain pun sama..semua ni x blaja g, mmg x taw...subjek yang sebelum2 ni pun susah, alhamdulillah, xdela hantar kertas kosong kan...hee..boleh 2...think positif...;)sama2 usahakan n doakan..insyaAllah. 

Cuti sem ni x lama, 3 minggu jer..nak keje pun x sempat..nampaknye duk umah blaja masak je la...kuang3...selalu ckp je, buatnye x...x suka masak..aduh!! mcm mana ni...masalah2.(berubah la anda sebelum terlambat...haha..)

Tiket, insyaAllah isnin malam...nak settlekan p'daftaran subjek dulu sebelum balik. x sabar nak jumpa family...haa...x sabar gak nak tengok baby. Kak sepupu selamat melahirkan cahaya mata pertama 29 zulhijjah ari 2. Baby lelaki..bila msj je, diorg kata 'baby x sabar nak tengok cik mah dye'...waaaaaaaa.....nak balik!!!!! hukhuk...xpe..sabar2, 13hb, xlama g 2..:)baby pun sabar gok eh..balik t siap la...hehe ;) moga perjalanku selamat pergi dan balik.

Pada kawan2..hepy holiday...selamat menikmati hari-hari cuti..kita jumpa lagi semester akan datang..insyaAllah... moga selamat semua...maaf law ada salah dan silap nik diri ni m'sia biasa, mmg x lari dari m'buat kesilapan..tq pada semua kwn2 yang byk m'bantu sepanjang study week...tq Am...tq kwn2 study group, tq semua........love u all...;) t.cre...assalamualaikum w.b.t :)

Tuesday, December 7, 2010

A small truth to make our Lifes 100%.....

If A B C D E F G H I J K L M N O P Q R S T U V W X Y Z

Is equal to 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 21 22 23 24 25 26

Then Hardwork= H+A+R+D+W+O+R+K = 8+1+18+4+23+15+18+11 = 98% only

Knowledge=K+N+O+W+L+E+D+G+E = 11+14+15+23+12+5+4+7+5 = 96% only

Love=L+O+V+E=12+15+22+5=54%

Luck=L+U+C+K = 12+21+3+11 = 47% (don't most of us think this is most important???)

Then what makes 100%. Is it Money?..... No!!!!!

Leadership? ...... NO!!!!

Every problem has a solution, o­nly if we perhaps change our attitude.

To go to the top, to that 100%, what we really need to go further..... a bit more.......

Attitude=A+T+T+I+T+U+D+E = 1+20+20+9+20+21+4+5 = 100%

It is OUR ATTITUDE towards Life and Work that makes OUR Life 100%

Does that make sense?.... Have a wonderful day !

Monday, December 6, 2010

Salam Maal Hijrah



Salam Maal Hijrah,

Salam Awal Muharam,

Selamat menyambut Tahun Baru Islam 1432 H

kepada semua muslimin & muslimat

Moga rahmat Allah sentiasa bersama kita :)

Friday, December 3, 2010

nExt paPer...



>--Perdagangan Antarabangsa: 6/12 - 8.30am, Analisis Statistik : 10/12 - 8.30am-->


2 more 2 go. Moga next paper lebih baik dari ari ni..
paper Sistem Kewangan Islam ptg tdi kurang memuaskan memandangkan soalan yang kuar t'lebih p0wer dah aku t'kurang bace..hukhuk...h0pe jadikan pengajaran, perbaiki diri. InsyaAllah..


jgn diabaikan apa y di ulang berkali2,
usah dipeduli spot y x pasti,
jgn t'kurang isi,
nnt diri s'diri y rugi,
jadi mcm tadi,
duk tye zaki,
kertas d pungut pun duk pk g..
huwwaaaa....


Btw..all the best to me and all my fren for the next paper...chayok3!!!

5S Tips Kekal Segar Sepanjang Pagi


Anda mengalami masalah mengantuk di waktu pagi? Rasulullah s.a.w. tidak tidur selepas menunaikan solat subuh kerana Allah s.w.t. memberkati umat ini yang berpagi-pagi, seperti satu hadith yang berbunyi:

"Ya Allah, berkatilah umatku yang berpagi-pagi"

Untuk itu, para fuqaha' memakruhkan tidur selepas solat subuh. Disebutkan ulama bahawa tidur selepas solat Subuh adalah makruh, dikecualikan dari kemakruhan ini adalah mereka yang berjaga malam uuntuk qiyam dan sebagainya.

Ada tips yang boleh diamalkan jika kita mahu kekal berjaga pada waktu pagi. Tips ini saya dapat dari ayah sahabat saya. Mari kita amlkan 5S ini :

01.Subuh
Jangan tinggal solat Subuh bagi yang boleh melaksanakannya. Dan lebih elok, sambung dengan bacaan Ma'thurat atau al-Quran.

02.Senaman
Buatlah senaman yang ringan dalam rumah, kalau rajin, berjoging di luar rumah. Jalan kaki juga dikira senaman.

03.Sembang
Rupanya borak-borak pun boleh hilangkan mengantuk. Selalu juga buat kalau ada sahabat yang turut tidak tidur lepas subuh. Tapi jangan sembang benda- benda yang lagha; nanti pagi-pagi sudah kumpul dosa. Nauzubillah.

04.Sapu rumah
Betul, kalau tidak percaya, cubalah. Ini juga salah satu senaman.

05.Selesai atau Sempurna
Pastikan semua yang kita buat tu semuanya selesai. Yela, nak hilangkan mengantuk, kita pun pergi la cari penyapu nak sapu rumah, tapi tidak sampai 3 minit, kita sudah masuk tidur balik sebab tak tahan mengantuk sangat.

Kesimpulannya, tips 5S ini perlulah dilaksanakan dengan sempurna supaya ia betul- betul berkesan.

5S Tips Kekal Segar Sepanjang Pagi | iluvislam.com + discover the beauty of islam

Tuesday, November 30, 2010

Perjalanan Dunia Destinasi Akhirat

Kehidupan dunia adalah sementara yang merupakan persinggahan yang pasti dilalui. Dunia ibarat lapangan peperiksaan kita selepas menempuh satu pengajian yang lama ketika berada di alam roh dan rahim. Peperiksaan ini harus ditempuhi sama ada kita bersedia atau sebaliknya.

Bagi mereka yang peka dan tahu apa yang harus dilakukan, semestinya telah membuat persediaan rapi dari awalnya lagi, agar setiap jawapan yang dicoret akan menghasilkan nilai yang tinggi, dan seterusnya mendapat tempat di menara gading iaitu Syurga.

Aturlah kehidupan dari sekarang, jangan terlopong kekosongan antara liang-liang usia meninggalkan bekas kekotoran akibat perbuatan tangan sendiri. Degil kekotoran sukar dibasuh, apatah lagi menanggalkan jejaknya.

Kadang-kadang terasa lemah, dan rasa tidak bermakna untuk menyampai dan mengajak kepada kebaikan, kerana dirasakan kita tidak mampu mengubah apa-apa, sedangkan perubahan tersebut bukannya sekejap, tapi kadang-kadang memakan masa bertahun-tahun.

Manusia yang bertemu Allah swt dengan membawa hati yang sejahtera adalah manusia yang mempersembahkan pita rakaman kepada segala ketaatan dan kepatuhannya kepada Allah swt semasa menunaikan kewajipan hidup di dunia. Kejayaan di dunia hanya sebuah perjalanan, bukannya destinasi abadi kita. Carilah Dia.

Muhasabah

Sibukkanlah diri dengan amal yang memberi saham kepada kita, usah dikira habuannya di dunia, lebih penting menjadi baucer kita bertemu Tuhan di destinasi terakhir kelak, yaumul akhirah. Tiada pelaburan yang lebih baik berbanding pelaburan akhirat. Allah swt berfirman yang bermaksud:

"Wahai orang-orang yang beriman! Mahukah Aku tunjukkan sesuatu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu dari azab seksa yang tidak terperi sakitnya. Iaitu, kamu beriman kepada Allah dan rasul-Nya, serta kamu berjihad di jalan Allah dengan harta dan jiwa kamu; yang demikian itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu mengetahui" (As-Saff,61:10-11)

- Artikel iluvislam.com
Perjalanan Dunia Destinasi Akhirat | iluvislam.com + discover the beauty of islam

Thursday, November 25, 2010

Apakah Corak cap jari anda?

Setiap manusia diciptan berbeza-beza sifat dan watak mahupun dari segi fizikal. Cap jari adalah salah satu keajaiban ciptaan Tuhan dimana tiada manusia yang diciptakan dengan corak cap jari yang sama.

Corak Cap jari Merpati ialah : OWOOO.

Watak : Anda Seorang yang baik hati dan mudah rapat dengan orang lain, tidak berapa pandai dalam perniagaan, tetapi anda seorang yang sesuai sebagai pengajar atau sebagai ketua yang boleh memberi motivasi. Anda boleh berjaya dalam bidang akedemik!

Baik hati..memang pun..(perasan doh!!)hik3..mudah rapat dengan orang lain, peramah la 2..ok2. Anda seorang yang sesuai sebagai pengajar (tarikh lahir pun ari guru ni..hee..) atau sebagai ketua yang boleh memberi motivasi. Motivasi?? waa..mmg ada bakat ni..(bleh2!! i will practise..haha). Tidak berapa pandai dalam perniagaan, xpe2, tengah study bisnes ni..nanti taw la..dun wory..hehe. Lastly..boleh berjaya dalam bidang akedemik!yeahh!!..insyaAllah...hee..

- jom try...
http://www.facebook.com
http://www.bharian.com.my

Wednesday, November 24, 2010

7 Kalimah ALLAH

Sabda Rasulullah S.A..W : "Barang siapa hafal tujuh kalimat, ia terpandang mulia di sisiAllah dan Malaikat serta diampuni dosa- dosanya walau sebanyak buih laut":

1. Mengucap "Bismillah" pada tiap-tiap hendak melakukan sesuatu.
2. Mengucap "Alhamdulillah" pada tiap-tiap selesai melakukan sesuatu.
3. Mengucap "Astaghfirullah" jika lidah terselip perkataan yang tidak patut.
4. Mengucap "Insya-Allah" jika merencanakan berbuat sesuatu di hari esok.
5. Mengucap "La haula wala kuwwata illa billah" jika menghadapi sesuatu tak disukai dan tak diingini.
6. Mengucap "inna lillahi wa inna ilaihi rajiun" jika menghadapi dan menerima musibah.
7. Mengucap "La ilaha illa Allah Muhammad Rasulullah" sepanjang siang dan malam sehingga tak terpisah dari lidahnya.

Dari tafsir Hanafi, mudah-mudahan ingat, walau lambat-lambat. ... mudah- mudahan selalu, walau sambil lalu... mudah-mudahan jadi bisa, kerana sudah biasa.

Sebarkanlah kepada teman2 yang lain..Sabda Rasulullah:"sesiapa yang menyampaikan sesuatu ilmu & orang yang mengamalkannya maka dia akan beroleh pahala walaupun dia sudah tiada..."

Tuesday, November 23, 2010

EXAm!!

SESI 2010/2011 Sem 1 = 22/11 - 10/12... all the best...

اَللَّهُمَّ لاَ سَهْلَ إِلاَّ مَا جَعَلْتَهُ سَهْلاً وَأَنْتَ تَجْعَلُ الْحَزَنَ الصَّعْبَ إِنْ شِئْتَ سَهْلاً

Maksudnya: “Ya Allah! Tidak ada kesenangan melainkan pada perkara yang engkau jadikan kesenangan padanya. Dan engkau menjadikan kedukacitaan dan kesukaran sebagai mudah dan senang jika Engkau kehendaki.”

Monday, November 15, 2010

Aidiladha

SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILADHA KEPADA SEMUA MUSLIMIN DAN MUSLIMAT , moga ceria di hari raya...:)

My Aloe vera


Setelah di fikir-fikir, terpaksa ku tinggalkanmu di pantry sahaja..moga ada yang simpati..hehe...(jgn curi!!!!)..selamat tinggal..i'm back after raya..
tq am n sya, coz give me idea..;)
-pokok ni adalah pemberian ibuku..i appreciate it..i love you mum...




Saturday, November 13, 2010

Biarkan Cinta Itu Terus Diam

Bila belum sedia melangkah lebih jauh dengan seseorang, cukup cintai ia dalam diam ...
kerana diammu adalah salah satu bukti cintamu padanya ...
kau ingin memuliakan dia, dengan tidak mengajaknya menjalin hubungan yang terlarang, kau tak mau merusak kesucian dan penjagaan hatinya..

kerana diammu memuliakan kesucian diri dan hatimu.. menghindarkan dirimu dari hal-hal yang akan merusak izzah dan iffahmu ..

kerana diammu bukti kesetiaanmu padanya ..
kerana mungkin saja orang yang kau cinta adalah juga orang yang telah ALLAH swt. pilihkan untukmu ...

ingatkah kalian tentang kisah Fatimah dan ALi ?
yang keduanya saling memendam apa yang mereka rasakan... tapi pada akhirnya mereka dipertemukan dalam ikatan suci nan indah

kerana dalam diammu tersimpan kekuatan ... kekuatan harapan ...
hingga mungkin saja Allah akan membuat harapan itu menjadi nyata hingga cintamu yang diam itu dapat berbicara dalam kehidupan nyata ...
bukankah Allah tak akan pernah memutuskan harapan hamba yang berharap padanya ?

dan jika memang 'cinta dalam diammu' itu tak memiliki kesempatan untuk berbicara di dunia nyata, biarkan ia tetap diam ...

jika dia memang bukan milikmu, pasti Allah, melalui waktu akan menghapus 'cinta dalam diammu' itu dengan memberi rasa yang lebih indah dan orang yang tepat ...

biarkan 'cinta dalam diammu' itu menjadi memori tersendiri dan sudut hatimu menjadi rahsia antara kau dengan Sang Pemilik hatimu ...

NB. Postingan temannya Aldiansyah
(Share by: Arytha Rusianty)

selawat~

Friday, November 12, 2010

BercuTi...jom!!!!

PROMOSI HEBAT!!! (Edisi KUALA LUMPUR-TERENGGANU). Sempena cuti sekolah ini KAMI menawarkan PAKEJ PERCUTIAN 3 HARI 2 MLM ke K.TERENGGANU. Kami akn bwa anda ke byk destinasi menarik sekitar K.Terengganu. Harga promosi, hanya dgn RM260 t'masuk penginapan & sarapan pgi. BERMINAT??? Call@sms kami di 0129253254 utk keterangan lanjut. Tarikh belum rasmi pd 25.12.2010. (Tmpat terhad kpd 40 org shj). Terima Kasih.

Thursday, November 11, 2010

My blog...

Assalamualaikum w.b.t...

Lama betul x tengok blog, jarang2 skali baru buka sampai x ingat passwordnya..teruk la jugak..ish3..ikan kat sebelah pun dah kelaparan..hukhuk... Nak kata apa eh. What i'm thinking now??? Banyak yang berpusing di kepala ni. Balik umah(problem??no,no), apa yang aku study stabil dh ke? exam dah hampir ni...dush2...chayok3!!! hmmm... Macam mana nak tolong abang kembangkan bisnes dye ni eh...hmmm...~thinking -btw, fikir2kan..jangan sampai naik pening..hehe.. Ku doakan dia berjaya, moga langkah pertama membuahkan hasil...(asam garam kehidupan, full la page ni lau cite sume..hee. Be happy with all of this..yeahhh)



Saat yang ku nantikan hampir tiba. Apa lagi, balik kampung tercinta la.. Hepynye bila ingat nak balik. Rindu mak, ayah, adik2, kak long dan lain2nya. Kak long,dah sembuh ke dye? Harap sangat dye cepat sembuh dan kembali cam dulu, kami hepy je wlu b'jauhan.. but, still ada something yang merisaukan bila ingat tentang dia. Hope ok semua.. Ada sesetengah perkara kita perlu tegas untuk kebaikan semua. Maafkanku.. Semoga Allah pemudahkan. Amin..

Selamat tinggal pokok kesayanganku, harap bertahan eh..nak bagi sape jaga la ni..huhu. Selamat tinggal kawan-kawan terutamanya sahabat yang banyak membantuku di perantauan, Am, Naim, Sya, dan 5... terima kasih atas segalanya. Moga persahabatan kita diredhai, ukhwah fillah abadan abada. Maaf jika nik ada buat silap sedar atau x sedar. Diri ini hanya insan biasa yang x lepas dari melakukan kesilapan. Moga kita saling melengkapi dalam menjalani liku-liku kehidupan. Kalau panjang umur, jumpa lagi after raya...SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA -maaf zahir batin...

Lastly, all the best to me, am, naim and the others friends in this final exam. Balik raya, nota-nota jangan tertinggal plak eh, pastikan anda beRAYA dengan buku..hehe. 5 and Sya, selamat bekerja..hehe..jangan tension2 eh..relax2 sudah..

The others friends > shbt2 SMA.Maarif + shbt2 PLKN + shbt2 JSP + shbt2 UM + shbt2 FB + umat islam seluruhnya... :)***SELAMAT STUDY, SELAMAT MENDUDUKI PERPERIKSAAN AKHIR, AND SELAMAT HARI RAYA BUAT SEMUA-maaf zahir & batin >jemput datang raya umah..:) assalamualaikum w.b.t

Thursday, August 12, 2010

salam ramadhan...

Hari ni 1 ramadhan..

Alhamdulillah...masih diberi kesempatan oleh Allah s.w.t menjalani ibadah puasa pada tahun ini. Bulan penuh keberkatan, kerahmatan, keampunan...

Abu Hurairah menyatakan : Telah bersabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : Apabila telah tibanya Ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka dan diikat segala syaitan. -Hadis dikeluarkan oleh imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad dan Baihaqi-

Monday, February 8, 2010

baBy cUte...

cUte


I like baby very much...ni bukan anak eh...sepupu sepapat..hehe...anak sendiri lambat lagi yer...x kawin lagi....hee...