Friday, January 28, 2011

ku akan ke Felda Palong 8...

I have a nice story here...(◕‿-) ..esok saturday, cuti ujung mggu dan mggu depan plak, start cuti mid sem selama seminggu..5 hari akan di habiskan di Felda Palong 8 di Negeri 9, join Program Khidmat Masyarakat (OPKIM) anjuran PERMANIS UM dari 29hb-2hb. Esok, pagi2 akan bertolak ke sana. Kata pengarah program, Felda Palong 8 adalah felda ke-2 terbesar di Malaysia. Excited nak ikut program ni, bukan selalu dapat jalan tempat orang, tengok budaya orang, dapat family angkat lagi...waahhh...terima kasih kepada penganjur..rase sangat bertuah dapat ikut serta.


Aktiviti pun best2...ada community maping (ni round kg), pertandingan memancing (bersama family angkat...nak menang!!!), pameran, pertandingan memasak (dari pihak sekolah), treasure hunt, sukan tradisional (lari dalam guni, terompah gergasi, tarik upih, gasing, mengayam ketupat...dapat rasa apa y x pernah rasa...enjoy habis la....hehe), sukaneka, sukan moden (dapat main bola jaring yang dah lama ku tinggalkan..yeahhh), kenduri sekampung (y ni mesti best giler..dapat bersama2 penduduk kampung), forum ('jom forum sekampung dgn kerjasama JKKK dan penduduk kg), teori dan praktikal meracun dan memotong tunas di kebun (hee...y ni kami turun kebun family angkat ramai2), lawatan ke kilang getah Palong, dan last sekali sebelum penutupan, kami gotong-royong perdana sekitar kampung. Itulah antara aktiviti-aktiviti yang akan kami lalui sepanjang berada di sana. Nice kan??hehe...moga semua aktiviti berjalan dengan lancar...


Dah nak balik mesti sedih tinggalkan family angkat and penduduk kampung..huhu..tapi xpe,ada pengubatnye...habis saja program akan terus balik kampung di Jerteh, Terengganu jumpa ayahanda, bonda dan family tercinta. Walaupun hanya lebih kurang 4 hari di umah, akan ku gunakan sebaik mungkin...lepas ni dah xde cuti panjang...direct ke final exam...huk3...pasti merindui saat2 ketika cuti.


singgah sekejap, bersama adik irah ditepi pantai pada cuti yang lepas..basah lecun baju kami, posing punya pasal...hehe..best2..


After holiday, assignments perlu dihantar and perlu get ready for presentation gak...yang perlu taip dah disiapkan, tinggal prepare untuk presentation...moga dipermudahkan semua olehNYA...kehidupan dihiasi kebahagiaan dan kesedihan, kesenangan dan kepayahan...segalanya telah diatur olehNYA...ku bersyukur padaMU Ya Allah...have a nice holiday...;)

Tuesday, January 11, 2011

CeRmin diRi...


Senyum itu tanda kemesraan, diberi kepada manusia dianggap sedekah.Ketawa itu lambang kelalaian. Selalu dilakukan hati akan mati. Dibuat di hadapan manusia menghilangkan maruah diri.

Setiap kesalahan yang dilakukan jadikanlah pengajaran, insaflah ini tanda kelemahan diri, kesalilah keterlanjuran itu dan berazamlah tidak
mengulanginya lagi.

Syukur nikmat dan sabar di dalam ujian amat mudah diucapkan tetapi amat sulit dilaksanakan.

Kesenangan dan kemewahan selalunya membawa kepada kesombongan dan kelalaian. Kesusahan dan penderitaan itu, selalunya membawa kekecewaan dan putus asa, kecuali orang yang mukmin.

Di antara tanda-tanda orang-orang yang sombong itu cepat melahirkan sifat marah, suka memotong percakapan orang, suka bermujadalah yakni bertegang leher, nampak di mukanya rasa tidak senang jika ada orang yang lebih darinya
di satu majlis, bercakap meninggikan suara, pantang ditegur, tidak ada tanda-tanda kesal di atas kesalahan.

Orang yang sudah hilang sifat marah (dayus), cepat melahirkan sifat marah (lemah mujahadah). Orang yang ada sifat marah tapi dapat disembunyikan kecuali di tempat-tempat yang munasabah inilah manusia normal.

Tahu diri kita hamba itu adalah ilmu, merasa diri kita itu hamba itu penghayatan, yang kedua inilah akan lahir sifat tawaduk, malu, khusyuk,takut, hina dan lain-lain lagi sifat kehambaan.

Jika kita mengingati dosa, kita tidak nampak lagi kebaikan kita,apatah lagi untuk dibanggakan.

Lahirkan kemesraan kita sesama manusia kerana itu adalah haknya tapi jangan putus hati kita dengan ALLAH, ini adalah hakNYA pula.

Apabila rasa senang dengan pujian, rasa sakit dengan kehinaan menunjukkan kita ada kepentingan peribadi, tanda kita tidak ikhlas membuat kebaikan.

ingatlah,kita yang harus mengawal hawa nafsu bukannya nafsu yang mengawal diri kita.INGAT!!!KEANGKUHAN HAWA NAFSU TIADA TOLOK BANDINGNYA.

Saturday, January 8, 2011

Sakit - Antara Penghapus Dosa Dan Peningkat Darjat


Dalam mengharungi kehidupan yang serba mencabar dengan seribu satu dugaan, tidak pernah melepaskan seseorang muslim daripada tertimpa bala bencana. Kesakitan adalah salah satu daripadanya. Bezanya hanyalah sama ada kecil atau besar.


Ada orang ditimpa ujian kehancuran terhadap hartanya. Namun, tidak sedikit pula bagi seseorang yang diuji dengan kesakitan terhadap dirinya sendiri. Ada yang terlantar bertahun-tahun kerana mengalami penyakit yang ganjil. Begitu pula ada yang terpisah dengan anak atau ahli keluarga begitu lama. Semuanya mendera jiwa. Sakit.




Namun, apakah kesakitan baik yang menimpa anggota tubuh badan, harta atau jiwa itu tanda Allah murka kepadanya? Atau mungkinkah ia tanda Allah sedang menghapus dosanya? Barangkali ia merupakan jalan untuk sampai kepada maqam tertinggi di sisi Allah?


Sedangkan, Allah berfirman di dalam surah At-Tagaabun, ayat 11 yang bermaksud:


"Tidak ada kesusahan (atau bala bencana) yang menimpa (seseorang) melainkan dengan izin Allah; dan sesiapa yang beriman kepada Allah, Allah akan memimpin hatinya (untuk menerima apa yang telah berlaku itu dengan tenang dan sabar); dan (ingatlah), Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu".



Friday, January 7, 2011

Rahsia Telefon Bimbit


PERKARA YANG ANDA TAK TAHU TENTANG 
TELEFON BIMBIT

















Tahukah anda bahawa telefon bimbit
anda sedikit sebanyak boleh membantu dikala 
kecemasan.Banyak perkara yang boleh anda 
lakukan,antaranya : -



1) NOMBOR KECEMASAN

- Sentiasa ingat bahawa nombor kecemasan
untuk semua telefon adalah 112.Jika anda dalam 
kecemasan dan berada dikawasan tiada liputan 
untuk semua talian telefon bimbit yang anda
gunakan,cuba dail nombor kecemasan 112.Ia boleh 
digunakan walaupun di kawasan yang tiada liputan 
dan lebih menarik lagi,ia boleh terus didail
walaupun papan kekunci telefon bimbit anda dikunci 
(Keypad lock ).


2) KERETA TERKUNCI


- Pernahkah anda tertinggal kunci kereta
dalam kereta dan kereta anda ketika itu terkunci 
dari luar. Mesti anda lakukan pelbagai cara untuk 
mendapatkan kembali kunci bagi membuka semula 
kereta anda.Jangan risau,telefon bimbit boleh 
membantu, tapi bagi kereta yang menggunakan 
system penggera (alarm) sahaja. Caranya, cuba 
anda hubungi seseorang yang berada di rumah.
Minta dia ambilkan kunci pendua kereta anda.
Kemudian pegang telefon bimbit anda dari jarak 
kira-kira 30 sm (satu kaki) dari kereta yang terkunci 
itu.Minta pula keluarga atau teman di rumah menekan 
punat ¡ ON ¢ pada kunci pendua kereta dan pastikan 
dia menekan dengan mendekatkan pada telefon 
bimbitnya. Pasti kereta anda tidak terkunci lagi,
malah ia boleh dilakukan dari jarak beratus-ratus 
kilometer dari tempat kereta anda berada.Kerana 
itu juga, penting untuk anda menyimpan kunci 
pendua atau meminta orang yang anda percayai 
untuk menyimpannya. Penting juga penggunaan telefon 
bimbit dalam keadaan sebegini. Kaedah ini memang 
berkesan kerana beberapa orang telah mencubanya.

3) KUASA BATERI TERSEMBUNYI

- Mungkin ramai tidak tahu,telefon bimbit yang 
telah kehabisan bateri masih boleh digunakan 
dalam keadaan kecemasan kerana ia mempunyai 
fungsi untuk menyimpan bateri tambahan. Bayangkan 
jika bateri telefon bimbit anda sudah terlalu lemah 
atau mati sedangkan anda perlu melakukan panggilan 
penting atau berada dalam kecemasan. Telefon bimbit 
jenis Nokia didatangkan dengan bateri simpanan.Untuk 
mengatifkannya, tekan kekunci ¡ *3370# ¢. Telefon 
bimbit anda akan berjaya dihidupkan semula dan 
skrin telefon akan memberitahu telefon tentang 
penambahan kuasa bateri sebanyak 50 peratus. Kuasa 
tambahan ini juga akan dicas semula bila anda 
mengecas telefon bimbit anda.


4) TELEFON KENA CURI


- Bagaimana jika telefon bimbit anda dicuri. Anda 
boleh menjadikan ia tidak dapat diaktifkan dengan 
menekan nombor siri yang terdapat di telefon bimbit 
anda,sila dail *#06# dan 15 digit nombor siri telefon 
bimbit anda akan tertera di skrin.Nombor ini adalah 
unik untuk setiap telefon bimbit.Catatkan nombor siri 
ini dan simpannya di tempat Selamat.Bila telefon 
bimbit anda dicuri,anda boleh hubungi pusat servis 
telefon bimbit anda dan berikannya kod nombor 
siri tersebut.Mereka kemudiannya akan mengunci 
system dalam telefon bimbit anda dan sesiapa sahaja 
yang mencurinya pasti hampa kerana walaupun kad 
simnya telah ditukar,dia tidak akan berupaya 
mengaktifkan kembali telefon bimbit tersebut. Jadi, 
walaupun ia di curi,namun sekurang-kurangnya anda 
berpuas hati kerana si pencuri takkan boleh 
menggunakannya ataupun menjualnya.

http://berita-harian-online.com/rahsia-telefon-bimbit/

10 MALAIKAT


Mari mengenal 10 malaikat
Dicipta Allah daripada cahaya
Ianya juga rukun iman ke dua
Mari bersama kita hafal namanya

Jibril,Mikail,Ridhwan, Malik
Mungkar, Nakir, Raqib, Atid
Izrail, Israfil semuanya
10 malaikat kita hafal namanya

Malaikat Jibril menyampaikan wahyu
Daripada Allah kepada rasulnya
Mikail pula turunkan rezeki
Dapat rezeki ucaplah Alhamdulillah

Malaikat Ridhwan menjaga syurga
Wajahnya manis berseri sinarnya
Malaikat Malik menjaga neraka
Berdoalah kita moga tidak ke sana

Mungkar dan Nakir menyoal di dalam kubur
Roqib dan Atid catit kebaikan dan kejahatan

Izrail pula mencabut nyawa
Moga kita mati dalam Husnul Khotimah
Israfil pula meniup sangkakala
Itulah tanda dunia kiamat akhirnya

Sambil menyanyi kita hafal namanya
10 malaikat mari hafal namanya
Jibrail, Mikail, Ridhwan, Malik
Mungkar, Nakir, Raqib, Atid
Izrail, Israfil semuanya
10 malaikat mari hafal namanya

Thursday, January 6, 2011

Bismillah

Dimulakan dengan bismillah
Disudahi dengan alhamdulillah
Begitulah sehari dalam hidup kita
Mudah mudahan dirohmati Allah



Mulakanlah kerja dengan niat yang satu
Untuk mendapatkan keredoannya
Moga segala urusan dipermudahkannya
Agar sentiasa dalam kebaikan
Barulah hati kita kan terasa tenang
Dan bersyukur dengan apa yang ada

Buruk dan baik itu ketentuan Allah
Kitalah jua yang memilihnya
Amal yang baik akan membawa syurga
Amalan buruk menempah neraka

Hanyalah iman, amal dan juga takwa
menjadi bekal dalam hidup kita

Ilmu pelita menerangi kegelapan
Dari ilmu
 datangnya amalan
Dari amalan lahirlah kasih sayang
Saling membantu dan bekerja sama
Rezeki yang ada hulurkanlah derma
Agar hidup harmoni bahagia

Wednesday, January 5, 2011

Welcome back...


Selamat tahun baru 2011 n selamat memulakan semester baru...moga sentiasa ke arah kebaikan n menuju kejayaan. Bersama-sama perbaiki diri, muhasabah, perbaiki apa yang kurang, mudah-mudahan dipermudahkan oleh Allah s.w.t, insyaAllah.