Friday, October 28, 2016

My PruBSN TakafulLink

🌸Salam Jumaat, salam Sayyidulayyam. Semoga dipermudahkan urusan hari ini dan hari-hari mendatang. Amiinn. Al-Kahfi jangan lupa 😃.

Sahabat saya, housemate semua balik kampung hujung minggu nie. Macam depa nak sambut raya..(Happy Deepavali) hehe. Semoga lancar perjalanan. Saya tengok je la..berkelana di perantauan lagi... berfeeling plakss.. sob.sob.sob.😭

Xpela, lupakan.. nak kongsi, promosi BSN Takaful sikit. Ikhtiar di masa depan. Kita tak taw apa yang bakal berlaku. Jadi, sediakan payung sebelum hujan. Tak semua mampu nak komitmen setiap bulan, tapi bagi yang mampu, daripada shopping kehendak saje, why not saving here. For future, help each other. In shaa Allah bermanfaat. 😇



👆Tiba-tiba jadi model plak.😂.  Alhamdulillah, dah 8 bulan apply Prudential BSN Takaful. Medical card, pampasan & saving. Siapa berminat dan mampu boleh contact sahabat saya ni, orang tganu kite, baik orangnye. Adham Quddus: 019-3707752.

Dengan komitment Rm200/month (pakej lama sebelum Jun 2016), antara manfaat yang saya dapat, 


Manfaat yang saya perolehi dari HealthEnrich Select.


Alhamdulillah..ikhtiarku untuk diri & mereka yang ku sayang ... apapun, semoga ia hanya simpanan untuk masa depan. Amiinnn 😘

#prudentialbsntakaful #forfutureuse #takafulforallforlife





Saturday, October 22, 2016

"WHEN YOU DECIDE TO TRUST ALLAH, YOU WILL REDUCE A LOT OF STRESS IN YOUR LIFE"

Mencari kembali semangat diri. Terbelek koleksi buku yang telah lama tersimpan. Semoga perkongsian melalui isi-isi dalam buku yang ku baca dapat memberi kekuatan, manfaat pada diri dan insan lain di luar sana. 

Bila ada masalah atau musibah terjadi pada diri kita, jangan terlalu melayan perasaan tertekan dan kecewa. Ingatlah!, Allah s.w.t. sentiasa menentukan yang terbaik untuk kita.


وَعَسَىٰٓ أَن تَكۡرَهُواْ شَيۡ‍ٔٗا وَهُوَ خَيۡرٞ لَّكُمۡۖ وَعَسَىٰٓ أَن تُحِبُّواْ شَيۡ‍ٔٗا وَهُوَ شَرّٞ لَّكُمۡۚ وَٱللَّهُ يَعۡلَمُ وَأَنتُمۡ لَا تَعۡلَمُونَ ٢١٦
"...boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.” (QS. Al-Baqarah: 216)

Dan ingatlah!,

Jika ditimpa kesusahan, ia adalah kerana kesilapan dan kelalaian kita sendiri. Namun, jika sudah berusaha sedaya upaya untuk mendekatkan diri kepada Allah s.w.t. tetapi masih dilanda musibah, maka bersyukurlah kerana Allah s.w.t. sedang mengampunkan dosa kita dan mengangkat martabat kita disisiNya.

Oleh itu, bersangka baik dengan Allah dan bersyukur sentiasa. Ingat Allah s.w.t., ingat Rasulullah s.a.w.

Subhanallah..
Alhamdulillah..
Lailahaillallah..
Allahu Akbar..
Allahumma salli ala Muhammad..

Semoga bibir sentiasa basah dengan zikir,.mengingati Allah s.w.t & Rasulullah s.a.w., bukan di waktu susah sahaja, tetapi di waktu senang lebih-lebih lagi. Ingat. ingat. ingat!!

Sesiapa yang MENGENAL (mengingati dan mentaati)  Allah s.w.t. ketika senang, nescaya Allah s.w.t. akan MENGENALNYA (membantu dan memudahkannya) tatkala sukar.' (Hadith riwayat Ahmad).

Imam Hasan Al-Basri berkata, "Kerana amal soleh sewaktu senang, Allah akan membantunya sewaktu sukar."

#KhutbahTerakhirRasulullah-IBNURIJAL
#UZAR




Monday, October 10, 2016

I quit


Sungguh ia adalah keputusan yang berat.. but still i chose to quit..please support me..huhu

I will do better... inshaaAllah