Tuesday, November 30, 2010

Perjalanan Dunia Destinasi Akhirat

Kehidupan dunia adalah sementara yang merupakan persinggahan yang pasti dilalui. Dunia ibarat lapangan peperiksaan kita selepas menempuh satu pengajian yang lama ketika berada di alam roh dan rahim. Peperiksaan ini harus ditempuhi sama ada kita bersedia atau sebaliknya.

Bagi mereka yang peka dan tahu apa yang harus dilakukan, semestinya telah membuat persediaan rapi dari awalnya lagi, agar setiap jawapan yang dicoret akan menghasilkan nilai yang tinggi, dan seterusnya mendapat tempat di menara gading iaitu Syurga.

Aturlah kehidupan dari sekarang, jangan terlopong kekosongan antara liang-liang usia meninggalkan bekas kekotoran akibat perbuatan tangan sendiri. Degil kekotoran sukar dibasuh, apatah lagi menanggalkan jejaknya.

Kadang-kadang terasa lemah, dan rasa tidak bermakna untuk menyampai dan mengajak kepada kebaikan, kerana dirasakan kita tidak mampu mengubah apa-apa, sedangkan perubahan tersebut bukannya sekejap, tapi kadang-kadang memakan masa bertahun-tahun.

Manusia yang bertemu Allah swt dengan membawa hati yang sejahtera adalah manusia yang mempersembahkan pita rakaman kepada segala ketaatan dan kepatuhannya kepada Allah swt semasa menunaikan kewajipan hidup di dunia. Kejayaan di dunia hanya sebuah perjalanan, bukannya destinasi abadi kita. Carilah Dia.

Muhasabah

Sibukkanlah diri dengan amal yang memberi saham kepada kita, usah dikira habuannya di dunia, lebih penting menjadi baucer kita bertemu Tuhan di destinasi terakhir kelak, yaumul akhirah. Tiada pelaburan yang lebih baik berbanding pelaburan akhirat. Allah swt berfirman yang bermaksud:

"Wahai orang-orang yang beriman! Mahukah Aku tunjukkan sesuatu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu dari azab seksa yang tidak terperi sakitnya. Iaitu, kamu beriman kepada Allah dan rasul-Nya, serta kamu berjihad di jalan Allah dengan harta dan jiwa kamu; yang demikian itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu mengetahui" (As-Saff,61:10-11)

- Artikel iluvislam.com
Perjalanan Dunia Destinasi Akhirat | iluvislam.com + discover the beauty of islam

Thursday, November 25, 2010

Apakah Corak cap jari anda?

Setiap manusia diciptan berbeza-beza sifat dan watak mahupun dari segi fizikal. Cap jari adalah salah satu keajaiban ciptaan Tuhan dimana tiada manusia yang diciptakan dengan corak cap jari yang sama.

Corak Cap jari Merpati ialah : OWOOO.

Watak : Anda Seorang yang baik hati dan mudah rapat dengan orang lain, tidak berapa pandai dalam perniagaan, tetapi anda seorang yang sesuai sebagai pengajar atau sebagai ketua yang boleh memberi motivasi. Anda boleh berjaya dalam bidang akedemik!

Baik hati..memang pun..(perasan doh!!)hik3..mudah rapat dengan orang lain, peramah la 2..ok2. Anda seorang yang sesuai sebagai pengajar (tarikh lahir pun ari guru ni..hee..) atau sebagai ketua yang boleh memberi motivasi. Motivasi?? waa..mmg ada bakat ni..(bleh2!! i will practise..haha). Tidak berapa pandai dalam perniagaan, xpe2, tengah study bisnes ni..nanti taw la..dun wory..hehe. Lastly..boleh berjaya dalam bidang akedemik!yeahh!!..insyaAllah...hee..

- jom try...
http://www.facebook.com
http://www.bharian.com.my

Wednesday, November 24, 2010

7 Kalimah ALLAH

Sabda Rasulullah S.A..W : "Barang siapa hafal tujuh kalimat, ia terpandang mulia di sisiAllah dan Malaikat serta diampuni dosa- dosanya walau sebanyak buih laut":

1. Mengucap "Bismillah" pada tiap-tiap hendak melakukan sesuatu.
2. Mengucap "Alhamdulillah" pada tiap-tiap selesai melakukan sesuatu.
3. Mengucap "Astaghfirullah" jika lidah terselip perkataan yang tidak patut.
4. Mengucap "Insya-Allah" jika merencanakan berbuat sesuatu di hari esok.
5. Mengucap "La haula wala kuwwata illa billah" jika menghadapi sesuatu tak disukai dan tak diingini.
6. Mengucap "inna lillahi wa inna ilaihi rajiun" jika menghadapi dan menerima musibah.
7. Mengucap "La ilaha illa Allah Muhammad Rasulullah" sepanjang siang dan malam sehingga tak terpisah dari lidahnya.

Dari tafsir Hanafi, mudah-mudahan ingat, walau lambat-lambat. ... mudah- mudahan selalu, walau sambil lalu... mudah-mudahan jadi bisa, kerana sudah biasa.

Sebarkanlah kepada teman2 yang lain..Sabda Rasulullah:"sesiapa yang menyampaikan sesuatu ilmu & orang yang mengamalkannya maka dia akan beroleh pahala walaupun dia sudah tiada..."

Tuesday, November 23, 2010

EXAm!!

SESI 2010/2011 Sem 1 = 22/11 - 10/12... all the best...

اَللَّهُمَّ لاَ سَهْلَ إِلاَّ مَا جَعَلْتَهُ سَهْلاً وَأَنْتَ تَجْعَلُ الْحَزَنَ الصَّعْبَ إِنْ شِئْتَ سَهْلاً

Maksudnya: “Ya Allah! Tidak ada kesenangan melainkan pada perkara yang engkau jadikan kesenangan padanya. Dan engkau menjadikan kedukacitaan dan kesukaran sebagai mudah dan senang jika Engkau kehendaki.”

Monday, November 15, 2010

Aidiladha

SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILADHA KEPADA SEMUA MUSLIMIN DAN MUSLIMAT , moga ceria di hari raya...:)

My Aloe vera


Setelah di fikir-fikir, terpaksa ku tinggalkanmu di pantry sahaja..moga ada yang simpati..hehe...(jgn curi!!!!)..selamat tinggal..i'm back after raya..
tq am n sya, coz give me idea..;)
-pokok ni adalah pemberian ibuku..i appreciate it..i love you mum...




Saturday, November 13, 2010

Biarkan Cinta Itu Terus Diam

Bila belum sedia melangkah lebih jauh dengan seseorang, cukup cintai ia dalam diam ...
kerana diammu adalah salah satu bukti cintamu padanya ...
kau ingin memuliakan dia, dengan tidak mengajaknya menjalin hubungan yang terlarang, kau tak mau merusak kesucian dan penjagaan hatinya..

kerana diammu memuliakan kesucian diri dan hatimu.. menghindarkan dirimu dari hal-hal yang akan merusak izzah dan iffahmu ..

kerana diammu bukti kesetiaanmu padanya ..
kerana mungkin saja orang yang kau cinta adalah juga orang yang telah ALLAH swt. pilihkan untukmu ...

ingatkah kalian tentang kisah Fatimah dan ALi ?
yang keduanya saling memendam apa yang mereka rasakan... tapi pada akhirnya mereka dipertemukan dalam ikatan suci nan indah

kerana dalam diammu tersimpan kekuatan ... kekuatan harapan ...
hingga mungkin saja Allah akan membuat harapan itu menjadi nyata hingga cintamu yang diam itu dapat berbicara dalam kehidupan nyata ...
bukankah Allah tak akan pernah memutuskan harapan hamba yang berharap padanya ?

dan jika memang 'cinta dalam diammu' itu tak memiliki kesempatan untuk berbicara di dunia nyata, biarkan ia tetap diam ...

jika dia memang bukan milikmu, pasti Allah, melalui waktu akan menghapus 'cinta dalam diammu' itu dengan memberi rasa yang lebih indah dan orang yang tepat ...

biarkan 'cinta dalam diammu' itu menjadi memori tersendiri dan sudut hatimu menjadi rahsia antara kau dengan Sang Pemilik hatimu ...

NB. Postingan temannya Aldiansyah
(Share by: Arytha Rusianty)

selawat~

Friday, November 12, 2010

BercuTi...jom!!!!

PROMOSI HEBAT!!! (Edisi KUALA LUMPUR-TERENGGANU). Sempena cuti sekolah ini KAMI menawarkan PAKEJ PERCUTIAN 3 HARI 2 MLM ke K.TERENGGANU. Kami akn bwa anda ke byk destinasi menarik sekitar K.Terengganu. Harga promosi, hanya dgn RM260 t'masuk penginapan & sarapan pgi. BERMINAT??? Call@sms kami di 0129253254 utk keterangan lanjut. Tarikh belum rasmi pd 25.12.2010. (Tmpat terhad kpd 40 org shj). Terima Kasih.

Thursday, November 11, 2010

My blog...

Assalamualaikum w.b.t...

Lama betul x tengok blog, jarang2 skali baru buka sampai x ingat passwordnya..teruk la jugak..ish3..ikan kat sebelah pun dah kelaparan..hukhuk... Nak kata apa eh. What i'm thinking now??? Banyak yang berpusing di kepala ni. Balik umah(problem??no,no), apa yang aku study stabil dh ke? exam dah hampir ni...dush2...chayok3!!! hmmm... Macam mana nak tolong abang kembangkan bisnes dye ni eh...hmmm...~thinking -btw, fikir2kan..jangan sampai naik pening..hehe.. Ku doakan dia berjaya, moga langkah pertama membuahkan hasil...(asam garam kehidupan, full la page ni lau cite sume..hee. Be happy with all of this..yeahhh)



Saat yang ku nantikan hampir tiba. Apa lagi, balik kampung tercinta la.. Hepynye bila ingat nak balik. Rindu mak, ayah, adik2, kak long dan lain2nya. Kak long,dah sembuh ke dye? Harap sangat dye cepat sembuh dan kembali cam dulu, kami hepy je wlu b'jauhan.. but, still ada something yang merisaukan bila ingat tentang dia. Hope ok semua.. Ada sesetengah perkara kita perlu tegas untuk kebaikan semua. Maafkanku.. Semoga Allah pemudahkan. Amin..

Selamat tinggal pokok kesayanganku, harap bertahan eh..nak bagi sape jaga la ni..huhu. Selamat tinggal kawan-kawan terutamanya sahabat yang banyak membantuku di perantauan, Am, Naim, Sya, dan 5... terima kasih atas segalanya. Moga persahabatan kita diredhai, ukhwah fillah abadan abada. Maaf jika nik ada buat silap sedar atau x sedar. Diri ini hanya insan biasa yang x lepas dari melakukan kesilapan. Moga kita saling melengkapi dalam menjalani liku-liku kehidupan. Kalau panjang umur, jumpa lagi after raya...SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA -maaf zahir batin...

Lastly, all the best to me, am, naim and the others friends in this final exam. Balik raya, nota-nota jangan tertinggal plak eh, pastikan anda beRAYA dengan buku..hehe. 5 and Sya, selamat bekerja..hehe..jangan tension2 eh..relax2 sudah..

The others friends > shbt2 SMA.Maarif + shbt2 PLKN + shbt2 JSP + shbt2 UM + shbt2 FB + umat islam seluruhnya... :)***SELAMAT STUDY, SELAMAT MENDUDUKI PERPERIKSAAN AKHIR, AND SELAMAT HARI RAYA BUAT SEMUA-maaf zahir & batin >jemput datang raya umah..:) assalamualaikum w.b.t