anda sedikit sebanyak boleh membantu dikala
kecemasan.Banyak perkara yang boleh anda
lakukan,antaranya : -
1) NOMBOR KECEMASAN
- Sentiasa ingat bahawa nombor kecemasan
untuk semua telefon adalah 112.Jika anda dalam
kecemasan dan berada dikawasan tiada liputan
untuk semua talian telefon bimbit yang anda
gunakan,cuba dail nombor kecemasan 112.Ia boleh
digunakan walaupun di kawasan yang tiada liputan
dan lebih menarik lagi,ia boleh terus didail
walaupun papan kekunci telefon bimbit anda dikunci
(Keypad lock ).
2) KERETA TERKUNCI
- Pernahkah anda tertinggal kunci kereta
dalam kereta dan kereta anda ketika itu terkunci
dari luar. Mesti anda lakukan pelbagai cara untuk
mendapatkan kembali kunci bagi membuka semula
kereta anda.Jangan risau,telefon bimbit boleh
membantu, tapi bagi kereta yang menggunakan
system penggera (alarm) sahaja. Caranya, cuba
anda hubungi seseorang yang berada di rumah.
Minta dia ambilkan kunci pendua kereta anda.
Kemudian pegang telefon bimbit anda dari jarak
kira-kira 30 sm (satu kaki) dari kereta yang terkunci
itu.Minta pula keluarga atau teman di rumah menekan
punat ¡ ON ¢ pada kunci pendua kereta dan pastikan
dia menekan dengan mendekatkan pada telefon
bimbitnya. Pasti kereta anda tidak terkunci lagi,
malah ia boleh dilakukan dari jarak beratus-ratus
kilometer dari tempat kereta anda berada.Kerana
itu juga, penting untuk anda menyimpan kunci
pendua atau meminta orang yang anda percayai
untuk menyimpannya. Penting juga penggunaan telefon
bimbit dalam keadaan sebegini. Kaedah ini memang
berkesan kerana beberapa orang telah mencubanya.
3) KUASA BATERI TERSEMBUNYI
- Mungkin ramai tidak tahu,telefon bimbit yang
telah kehabisan bateri masih boleh digunakan
dalam keadaan kecemasan kerana ia mempunyai
fungsi untuk menyimpan bateri tambahan. Bayangkan
jika bateri telefon bimbit anda sudah terlalu lemah
atau mati sedangkan anda perlu melakukan panggilan
penting atau berada dalam kecemasan. Telefon bimbit
jenis Nokia didatangkan dengan bateri simpanan.Untuk
mengatifkannya, tekan kekunci ¡ *3370# ¢. Telefon
bimbit anda akan berjaya dihidupkan semula dan
skrin telefon akan memberitahu telefon tentang
penambahan kuasa bateri sebanyak 50 peratus. Kuasa
tambahan ini juga akan dicas semula bila anda
mengecas telefon bimbit anda.
4) TELEFON KENA CURI
- Bagaimana jika telefon bimbit anda dicuri. Anda
boleh menjadikan ia tidak dapat diaktifkan dengan
menekan nombor siri yang terdapat di telefon bimbit
anda,sila dail *#06# dan 15 digit nombor siri telefon
bimbit anda akan tertera di skrin.Nombor ini adalah
unik untuk setiap telefon bimbit.Catatkan nombor siri
ini dan simpannya di tempat Selamat.Bila telefon
bimbit anda dicuri,anda boleh hubungi pusat servis
telefon bimbit anda dan berikannya kod nombor
siri tersebut.Mereka kemudiannya akan mengunci
system dalam telefon bimbit anda dan sesiapa sahaja
yang mencurinya pasti hampa kerana walaupun kad
simnya telah ditukar,dia tidak akan berupaya
mengaktifkan kembali telefon bimbit tersebut. Jadi,
walaupun ia di curi,namun sekurang-kurangnya anda
berpuas hati kerana si pencuri takkan boleh
menggunakannya ataupun menjualnya.
2 comments:
bagusnya artikel ni. malu plk nk ngaku, semua tips ni x prnah tahu pun sblm ni :O)
hehehe..bagus..tp xpernah try pun g nie..leh save tips ni ;)
Post a Comment