Saturday, August 30, 2014

Salam Merdeka 57

MALAYSIA... Di sini lahirnya sebuah Cinta... ~

 

HIDUP BERSAMA

Kita sudah sampai di lereng amat indah, di bawah pelangi, dalam ufuk yang masih mencabar;
Aku anak merdeka 
dan kita ikhlas berjanji untuk bermaruah, tenang dalam segala uji cabar dan debar.
Kita mencari hanya yang tulen dan jati, sekata hidup, mengerti dan berbudi.

Kita wajar mendaki lagi kerana puncak yang jauh. 
Dalam gelora dan taufan tak tercalar tekad kita 
kerana kemerdekaan mengasuh kita bersuara dalam sopan, yakin menyanggah musuh, 
tulus menambah kawan, 
inti tunggak dan menara kebahagian.

A Samad Said


Semoga hidup kita semua diberkati dan diredhai oleh Allah s.w.t... amiinn


Sunday, August 17, 2014

Peringatan Diri

Antara tanda-tanda orang yang bijaksana itu ialah: ·

Hatinya selalu berniat suci ·
Lidahnya selalu basah dengan zikrullah ·
Kedua matanya menangis kerana penyesalan (terhadap dosa) ·
Segala perkara dihadapainya dengan sabar dan tabah ·
Mengutamakan kehidupan akhirat daripada kehidupan dunia.


#semogadirikuselalumengingatiAllah