Friday, December 2, 2011

Nice Trip

Hari ni pelajar thn3 dan thn2 Pengurusan Muamalat mengadakan lawatan ke Perbadanan Pembangunan Industri Halal (HDC) di Petaling Jaya diiringi oleh lecturer tersayang, Dr Azzah, Cik Putri dan ex-ss, Kak Deeya ;). Di sana, kami diberi penerangan mengenai konsep sebenar halalan toyyiba, latar belakang HDC, peranan HDC, logo halal dan sebagainya. Pendedahan baru ini amat bermakna dan memberi kesan yang positif dalam diri kami terutamanya dalam isu halal yang merupakan antara aspek terpenting dalam kehidupan harian. Terima kasih pada semua. (rase mcm nk jadi sebahagian dari anggota HDC..hehe)


~senior & inter bergabung dalam subjek Kepenggunaan Islam...all the best! ;)


Sedikit sebanyak mengenai HDC:

Perbadanan Pembangunan Industri Halal (HDC)

Halal bukan sekadar satu cara hidup - ia adalah industri global. Yang mempunyai kepentingan dalam sektor perdagangan di seluruh dunia, Pembangunan Halal telah menjadi penyumbang besar kepada semua aspek pertumbuhan ekonomi. Ditubuhkan pada 18 September 2006, Perbadanan Pembangunan Industri Halal menyelaras pembangunan keseluruhan industri Halal di Malaysia. Memberi tumpuan kepada pembangunan piawaian audit halal, pensijilan, termasuk pembinaan kapasiti untuk produk dan perkhidmatan halal, HDC menggalakkan penyertaan dan memudahkan pertumbuhan syarikat-syarikat Malaysia dalam pasaran Halal global. Hasrat untuk membina masyarakat Halal global, HDC membawa industri Halal Malaysia dalam serentak ke arah matlamat yang sama. Dengan memupuk pertumbuhan dan penyertaan perniagaan tempatan ke pasaran halal global, HDC menetapkan bar untuk amalan terbaik Halal di Malaysia untuk memperkayakan pembangunan standard halal global. Melalui pengetahuan dan pengalaman yang tiada tandingannya, HDC adalah pintu masuk ke arah pemahaman yang lebih baik Halal bagi semua.
Visi: Malaysia sebagai Hab Halal Global
Misi: Untuk mewujudkan nilai untuk perniagaan yang mengambil bahagian dalam Industri Halal Global dan memberi manfaat kepada ekonomi Malaysia.

Layari laman web rasmi HDC di www.hdcglobal.com untuk mengetahui lebih lanjut. ;)



Thursday, December 1, 2011

Hijrah 1433

Belum terlambat rasanya untuk nik ucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru Hijrah 1433 pada semua sahabat, muslimin dan muslimat.

Sama-sama kita berhijrah menuju ke arah kebaikan. Hijrah yang bukan dengan kita memasang niat semata-mata, tetapi hijrah yang disusuli dengan tindakan perubahan, pertahankan dengan kekuatan emosi/fizikal dan kita kuatkan lagi dengan sokongan jiwa/rohani. Moga kehidupan kita lebih terurus, dihiasi dengan perancangan yang lebih baik dan memberi hasil yang terbaik dari sebelumnya. InsyaAllah.

Sebut tengtang hijrah, hari ni, group nik baru sahaja selesai menyiapkan tugasan mengenai TV ALHIJRAH. Dalam subjek Keusahawanan Islam kami diarah agar memilih mana-mana syarikat Islam yang ditubuhkan tidak melebihi 5 tahun penubuhannya dan membuat laporan mengenai syarikat tersebut. Kumpulan kami memilih TV ALHIJRAH, syarikat yang berbentuk perkhidmatan bagi menyiapkan tugasan yang diberi. Kami menyiapkan tugasan ini dengan rasa senang hati kerana selain daripada tarikan yang terdapat pada rancangan Islamic yang disiarkan, kami juga mendapat kerjasama yang baik sepanjang melakukan temubual bersama staff TV ALHIJRAH yang bertempat di Kompleks Pusat Islam Kuala Lumpur.

Layari laman web rasmi http://www.tvalhijrah.com/ untuk mengetahui lebih lanjut mengenai televisyen Islam pertama negara Malaysia ni  :)

Keratan akhbar mengenai TV ALHIJRAH :
(keunikan TV ALHIJRAH)
Kenangan sepanjang berada di TV ALHIJRAH:

(trial version..hehehe)


Pembentangan kumpulan kami kelas tutorial tengahari tadi. Alhamdulillah, selesai dengan baik. Terima kasih pada semua yang terlibat. Mohon maaf atas segala kekurangan. Next group, all the best! SALAM HIJRAH  ;)