Monday, May 22, 2017

Menghitung hari *Ramadhan 1438h*

🎆Amalan Terbaik Sambut Ramadhan🎉.
.
💸Banyakkan doa. Sambil bawa motor boleh baca doa. Ya Allah, semoga tahun ni dapat solat terawih penuh, semoga tahun ni dapat lailatul qadar. Semoga tahun ni dapat khatam quran. Semoga tahun ni dapat sedekah tiap2 hari Rm10. Semoga tahun ni bangun tahajjud tiap malam tak tinggal..doa2
💊Banyakkan minta ampun/istighfar/bertaubat atas dosa2 lalu. Supaya masuk Ramadhan, kita bersih dari dosa. Masuk dlm keadaan dosa dah diampunkan. InshaaAllah
📚Pelajari hukum hakam berkait Ramadhan. Nak pergi haji, amik kursus haji, nak pergi umrah, amik kursus umrah. Takkan nak masuk Ramadhan tak ambil kursus Ramadhan?
.
*Tazkirah dari Ustaz Fawwaz Mohd Jan*
.
Muhasabah diri. 🌼Selamat menyambut Ramadhan saudara, sahabat, umat Islam semuanya.😊
.
#roadtoramadhan
#mohonmaafsalahsilap



Thursday, May 18, 2017

Tuesday, May 16, 2017

Nyawa Allah bagi pinjam 🎂

🎂 Bertambah usia dalam hitunganku, berkurang pula usiaku dalam hitunganMu Ya Allah. Alhamdulillah wa syukurillah..Allah masih pinjamkan nafas untuk menikmati kehidupan. Segala puji bagiMu Ya Allah. Tiada hidupku tanpa izinMu, tiadalah aku tanpa kedua ibu ayah yang melahirkan. Terima kasih ibu ayah yang banyak berkorban. Terima kasih pada semua yang mendoakan. Mohon maaf segala kesilapan & kekhilafan. Semoga ilmu, amal, iman meningkat seiring bertambahnya usia. Semoga hidup kita semua diberkati, dibawah rahmat ilahi..Amiinn 💕
.
#doakanyangbaik2
#jazakallahukhairankathira
#perjalananmenujukematian

JAZAKALLAHUKHAIRAN KATHIRA😘

Jantung Hatiku 💖

Thank you all for the best wishes!! Terharu... #teamkayumanis





Friday, March 31, 2017

CiK AMRINA MY BFF

Assalamualaikum w.b.t..

Sempena hari lahir am yang ke-28, nik coret secebis kenangan kita bersama. Maybe ni birthday terakhir am single...lepas tu nik xleh kacau am dah....kot la kann..hee..doa2 ;) Pejam celik dah 8 tahun lebih kita kenal. Nik kenal am bila di asasi UM, tapi kita tak lah rapat sangat. Berbeza kelas, berbeza bidang. Nik Syariah, Am Pendidikan Islam.

Bila masuk UMKL, bermula kisah kita, macam isi dengan kuku..ntah macam mana apa2 mesti bersama...Kos pengajian sama, Sarjana Muda Pengurusan Muamalat, Kalau subjek Dr Azzah tu, kita berdua je kan group..hee.. Stay kolej yang sama Kolej Kediaman Raja Dr. Nazrin Shah (K12). 4 tahun pengajian, 4tahun kita stay sini. Syarat nak stay kene aktif.. Jadi boleh banyangkan brp program kita ikuti bersama..kumpul merit banyak2..hehe..

Kesimpulannya banyak perkara kita lalui bersama. Terima kasih untuk memori ni semua. Am sahabat yang memahami, even nik tak beritahu ada masalah, am cepat je dapat detect kan..buat nik terharu sokmo...selama kenal, kita saling bantu, takdir Allah temukan kita. Alhamdulillah. Tengok gambar2 ni, memori usia kita..

Pic ni time kita ikuti program KARISMA di bawah anjuran K12. 

Yang ni time dinner kolej 12, tahun 2011.

Jalan-jalan Melaka time kak Tiqah kawin :)

Jalan2 rumah Ara bersama Pqah

Jumpa Arwita Widyanti..makan kepci..macam reunion la kan

Makan2 seoul garden, geng RA JSE

Latest..makan2 lagi dengan kak Sumaiyah, Nani Feb 2017. DubuYo :p

Kenangan yang hanya kita yang lalui...bila jauh diperantaun, am ada dengan nik. Dari zaman belajar degree sehingga master sekarang. Terima kasih.

Doa nik untuk am..semoga am dipanjangkan umur yang bermanfaat, dimurahkan rezeki, diberkati dan sentiasa di dalam rahmat Allah. Semoga dapat jodoh yang baik, bahagia till jannah. Semoga sihat sentiasa..berjaya dalam apa jua perkara yang Am buat. Berjaya dunia akhirat.

Nik bukan sahabat yang baik, tapi nik akan cuba jadi teman yang baik, InshaaAllah. Maafkan salah silap nik, minta am bantu nik jadi insan yang baik :) 

`Wassalam..

#30.03.1989 - 30.03.2017
#jazakallahukhairankathira
#cikamciknik



Thursday, March 30, 2017

st@y strong

Everything has a season, when you endure, it will develop perseverence and then faith, the process will bring you to greater maturity in life. Trust in Allah our Lord Almighty with all your heart, soul and mind ! 

Masjid As-Salam Puchong Perdana

Alhamdulillah 😊

#i'mstillastudent
#stillbusytoexploremyresearchformythesis
#wishmeallthebest
#jazakallahukhairankathira



Monday, November 21, 2016

Duhai wanita..kerana engkau Permaisuri 💗

Kau digelar sebagai penyeri dunia,
Hadirmu pelengkap hubungan manusia,
Bukan sahaja dirindui yang biasa,
Malah Adam turut sunyi tanpa Hawa.

Akalmu senipis bilahan rambut,
Tebalkan ia dengan limpahan ilmu,
Jua hatimu bak kaca yang rapuh,
Kuatkanlah ia dengan iman yang teguh.


#DuhaiWanitaPermaisuriHati



Friday, November 18, 2016

terrible horrible very bad day

Ujian tanda Allah sayang...

Terlanggar motor abang mana..patah handbreak dia. Tinggal nota & duit je. Moga dia maafkan & halalkan. Sedih.. "Maaf bang, saya terlanggar, x sengaja..."

Surface rosak .. semangat tengok youtube bagai cara buka. Siap beli alat untuk buka sendiri. Gigihnya..tp still can't repair.. help meee!!!

At the same time, laptop buat hal.. sound trouble, keypad "u" pun rosak, nak kene copy paste jak. syukur nik! dia xmati terus. " ada org kata.. cik nik kene cari "u" tu.. i & u.. hahaha :p

Bertabah la cik nik.

Hujung minggu dengan agenda yang dulu. Semoga dipermudahkan.

Dah mcm apa merapu kat sini.. Ya Allah.





Thursday, November 3, 2016

"Ia Milik AHMAD"

Assalamualaaikum wb.t
.
Rentetan bacaan buku KHUTBAH TERAKHIR RASULULLAH- Ibnu Rijal, ingin saya kongsikan isinya di sini, antara yang menarik perhatian saya di awal pendahuluan. Bertapa beruntungnya kita umat Nabi Muhammad s.a.w. Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Firman Allah SWT dalam al-Quran surah al-Anbiya' : 107,

وَمَآ أَرۡسَلۡنَٰكَ إِلَّا رَحۡمَةٗ لِّلۡعَٰلَمِينَ (107)
Dan tidak Kami utuskan engkau ya Muhammad melainkan sebagai rahmat kepada seluruh alam
Kisah ayahanda kita, Nabi Adam a.s dibuang ke dunia, namun kembali dapat pengampunan Allah SWT. Baginda berdoa sebagaimana dalam al-Quran, "robbana zolamna anfusana, wa in lam taghfirlana, warhamna lana ku nanna minaz zalimin".

Namun disebalik kisah ini,ada kaitan dengan Nabi kita Muhammad SAW. Ketika Nabi Adam memohon ampun kepada Allah SWT, baginda berdoa, "Ya Allah, demi kemuliaan Muhammad, ampunkanlah dosaku..." Allah SWT bertanya kepada Nabi Adam, "Bagaimana engkau kenal Muhammad, sedangkan dia belum aku ciptakan?" Kata Nabi Adam, "Aku pernah melihat tertulis di singgahsanaMu, "TIADA TUHAN YANG DISEMBAH SELAIN ALLAH DAN MUHAMMAD ITU PESURUH ALLAH", jadi, pasti dia insan yang mulia hinggakan Engkau meletakkan namanya selepas namaMu." Allah SWT membenarkan kata-kata Nabi Adam itu, kemudian mengampunkan baginda berkat dari rahmat Muhammad SAW. -petikan buku Khutbah Terakhir Rasullullah.

Lagi sambungan, kisah Nabi Musa a.s berdoa kepada Allah,


'Kita umat Ahmad"

-  umat terbaik dari kalangan manusia
-  umat terakhir dikeluarkan ke bumi dan terawal memasuki syurga
-  umat yang membaca kitab sepenuh hati, mampu menghafalnya
- umat yang beriman dengan apa yang disampaikan, juga tentang umat2 sebelumnya, dan umat terpilih menghadapi Dajal 
- umat yang beroleh pahala dengan hanya berniat (utk hal kebaikan), dan kalau lakukan, ganjaran digandakan seratus kali ganda kebaikan

Kerana hebatnya Nabi kita SAW, kita turut terkena tempias kemuliaan. Alhamdulillah..kita umat terpilih..Adakah kita antara golongan tersebut? sama-sama muhasabah diri, in shaa Allah

Buku yang sangat bagus untuk dihayati bersama. Memupuk cinta kepada Rasul kita Nabi Muhammad SAW. 
#semogabermanfaat
#kuCINTARasulullahSAW 



Friday, October 28, 2016

My PruBSN TakafulLink

🌸Salam Jumaat, salam Sayyidulayyam. Semoga dipermudahkan urusan hari ini dan hari-hari mendatang. Amiinn. Al-Kahfi jangan lupa 😃.

Sahabat saya, housemate semua balik kampung hujung minggu nie. Macam depa nak sambut raya..(Happy Deepavali) hehe. Semoga lancar perjalanan. Saya tengok je la..berkelana di perantauan lagi... berfeeling plakss.. sob.sob.sob.😭

Xpela, lupakan.. nak kongsi, promosi BSN Takaful sikit. Ikhtiar di masa depan. Kita tak taw apa yang bakal berlaku. Jadi, sediakan payung sebelum hujan. Tak semua mampu nak komitmen setiap bulan, tapi bagi yang mampu, daripada shopping kehendak saje, why not saving here. For future, help each other. In shaa Allah bermanfaat. 😇



👆Tiba-tiba jadi model plak.😂.  Alhamdulillah, dah 8 bulan apply Prudential BSN Takaful. Medical card, pampasan & saving. Siapa berminat dan mampu boleh contact sahabat saya ni, orang tganu kite, baik orangnye. Adham Quddus: 019-3707752.

Dengan komitment Rm200/month (pakej lama sebelum Jun 2016), antara manfaat yang saya dapat, 


Manfaat yang saya perolehi dari HealthEnrich Select.


Alhamdulillah..ikhtiarku untuk diri & mereka yang ku sayang ... apapun, semoga ia hanya simpanan untuk masa depan. Amiinnn 😘

#prudentialbsntakaful #forfutureuse #takafulforallforlife





Saturday, October 22, 2016

"WHEN YOU DECIDE TO TRUST ALLAH, YOU WILL REDUCE A LOT OF STRESS IN YOUR LIFE"

Mencari kembali semangat diri. Terbelek koleksi buku yang telah lama tersimpan. Semoga perkongsian melalui isi-isi dalam buku yang ku baca dapat memberi kekuatan, manfaat pada diri dan insan lain di luar sana. 

Bila ada masalah atau musibah terjadi pada diri kita, jangan terlalu melayan perasaan tertekan dan kecewa. Ingatlah!, Allah s.w.t. sentiasa menentukan yang terbaik untuk kita.


وَعَسَىٰٓ أَن تَكۡرَهُواْ شَيۡ‍ٔٗا وَهُوَ خَيۡرٞ لَّكُمۡۖ وَعَسَىٰٓ أَن تُحِبُّواْ شَيۡ‍ٔٗا وَهُوَ شَرّٞ لَّكُمۡۚ وَٱللَّهُ يَعۡلَمُ وَأَنتُمۡ لَا تَعۡلَمُونَ ٢١٦
"...boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.” (QS. Al-Baqarah: 216)

Dan ingatlah!,

Jika ditimpa kesusahan, ia adalah kerana kesilapan dan kelalaian kita sendiri. Namun, jika sudah berusaha sedaya upaya untuk mendekatkan diri kepada Allah s.w.t. tetapi masih dilanda musibah, maka bersyukurlah kerana Allah s.w.t. sedang mengampunkan dosa kita dan mengangkat martabat kita disisiNya.

Oleh itu, bersangka baik dengan Allah dan bersyukur sentiasa. Ingat Allah s.w.t., ingat Rasulullah s.a.w.

Subhanallah..
Alhamdulillah..
Lailahaillallah..
Allahu Akbar..
Allahumma salli ala Muhammad..

Semoga bibir sentiasa basah dengan zikir,.mengingati Allah s.w.t & Rasulullah s.a.w., bukan di waktu susah sahaja, tetapi di waktu senang lebih-lebih lagi. Ingat. ingat. ingat!!

Sesiapa yang MENGENAL (mengingati dan mentaati)  Allah s.w.t. ketika senang, nescaya Allah s.w.t. akan MENGENALNYA (membantu dan memudahkannya) tatkala sukar.' (Hadith riwayat Ahmad).

Imam Hasan Al-Basri berkata, "Kerana amal soleh sewaktu senang, Allah akan membantunya sewaktu sukar."

#KhutbahTerakhirRasulullah-IBNURIJAL
#UZAR