Monday, February 17, 2014

Kekal di hati kami..

Assalamualaikum w.b.t...

Dua peristiwa.. 12 & 14 Rabiulakhir 1435 H

Kelahiran baby girl comel Nurul Nayli Falihah..my first niece.. 12/2/2014, Rabu, 4.15am...berat 2.9kg at Hospital Besar Jertih, Besut, Terengganu. Semoga menjadi anak yang solehah, pengikat kasih, pengubat duka lara abah & ibu dan kami sekeluarga. my dear sweetheart.. ^^


Kembalinya nenek kami yang tersayang ke rahmatullah.. Tuan Noor Binti Megat Hamat @ che'.. 14/2/2014, Jumaat, 4.50am. .Hajat che' melihat cicit tercapai.. begitu juga perginya pada hari Jumaat yang mulia..syukur alhamdulillah.. semoga rohnya dicucuri rahmat-Mu Ya Allah.. akan sentiasa merindui, kenangan manis bersama..kami sayang che' ^^


Maha Suci Allah.. Engkau menyambung kasih sayang kami..mengambil dan menggantikan..jadikan kami hamba-Mu yang redha dengan setiap ketentuan-Mu..semoga che' tenang di sana..berada bersama para solihin.. Amiinn.. 

Semua milik Allah,... -al-Fatihah.


Friday, February 7, 2014

Sorotan literatur

Assalamualaikum w.b.t

Dah start nak buat thesis baru sibuk nak cari cara study sorotan literatur.. belek2 blog berkaitan..

http://amaniresearch.blogspot.com/2011/04/tinjauan-literatur-sorotan-kajian.html
http://zt2213.blogspot.com/2009/10/cara-menulis-sorotan-literatur.html
http://edu5900group2.blogspot.com/2012/10/apakah-sorotan-literatur.html
http://deriakacamata.blogspot.com/2013/09/sorotan-literatur-literature-review.html
http://coretanilmu-ina.blogspot.com/2010/11/sorotan-literatur.html
http://atiqahaiza.blogspot.com/2013/10/penulisan-sorotan-literatur-literature.html

thanks a lots atas perkongsiannya... ^^

Baru 15 article y dipilih nak kene baca nie.. mcm mn den nak bagi rajin baca dan cpt faham semua article/ journal ni.. S.E.M.A.N.G.A.T !!!


:: Alhamdulillah, syukur pada-Mu Ya Allah..
moga dipermudahkan urusan hamba-Mu ini...amiinnn