Saturday, October 22, 2016

"WHEN YOU DECIDE TO TRUST ALLAH, YOU WILL REDUCE A LOT OF STRESS IN YOUR LIFE"

Mencari kembali semangat diri. Terbelek koleksi buku yang telah lama tersimpan. Semoga perkongsian melalui isi-isi dalam buku yang ku baca dapat memberi kekuatan, manfaat pada diri dan insan lain di luar sana. 

Bila ada masalah atau musibah terjadi pada diri kita, jangan terlalu melayan perasaan tertekan dan kecewa. Ingatlah!, Allah s.w.t. sentiasa menentukan yang terbaik untuk kita.


وَعَسَىٰٓ أَن تَكۡرَهُواْ شَيۡ‍ٔٗا وَهُوَ خَيۡرٞ لَّكُمۡۖ وَعَسَىٰٓ أَن تُحِبُّواْ شَيۡ‍ٔٗا وَهُوَ شَرّٞ لَّكُمۡۚ وَٱللَّهُ يَعۡلَمُ وَأَنتُمۡ لَا تَعۡلَمُونَ ٢١٦
"...boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.” (QS. Al-Baqarah: 216)

Dan ingatlah!,

Jika ditimpa kesusahan, ia adalah kerana kesilapan dan kelalaian kita sendiri. Namun, jika sudah berusaha sedaya upaya untuk mendekatkan diri kepada Allah s.w.t. tetapi masih dilanda musibah, maka bersyukurlah kerana Allah s.w.t. sedang mengampunkan dosa kita dan mengangkat martabat kita disisiNya.

Oleh itu, bersangka baik dengan Allah dan bersyukur sentiasa. Ingat Allah s.w.t., ingat Rasulullah s.a.w.

Subhanallah..
Alhamdulillah..
Lailahaillallah..
Allahu Akbar..
Allahumma salli ala Muhammad..

Semoga bibir sentiasa basah dengan zikir,.mengingati Allah s.w.t & Rasulullah s.a.w., bukan di waktu susah sahaja, tetapi di waktu senang lebih-lebih lagi. Ingat. ingat. ingat!!

Sesiapa yang MENGENAL (mengingati dan mentaati)  Allah s.w.t. ketika senang, nescaya Allah s.w.t. akan MENGENALNYA (membantu dan memudahkannya) tatkala sukar.' (Hadith riwayat Ahmad).

Imam Hasan Al-Basri berkata, "Kerana amal soleh sewaktu senang, Allah akan membantunya sewaktu sukar."

#KhutbahTerakhirRasulullah-IBNURIJAL
#UZAR




No comments: