MALAYSIA... Di sini lahirnya sebuah Cinta... ~
HIDUP BERSAMA
Kita sudah sampai di lereng amat
indah, di bawah pelangi, dalam ufuk yang masih
mencabar;
Aku anak merdeka |
dan kita ikhlas berjanji untuk
bermaruah, tenang dalam segala uji cabar dan
debar.
Kita mencari hanya yang tulen dan
jati, sekata hidup, mengerti dan
berbudi.
Kita wajar mendaki lagi kerana
puncak yang jauh.
Dalam gelora dan
taufan tak tercalar tekad kita
kerana
kemerdekaan mengasuh kita bersuara dalam
sopan, yakin menyanggah musuh,
tulus
menambah kawan,
inti tunggak dan menara
kebahagian.
A Samad Said
Semoga hidup kita semua diberkati dan diredhai oleh Allah s.w.t... amiinn
No comments:
Post a Comment