Tuesday, May 21, 2013

Makasi Temen2 dari Indonesia

Assalamualaikum w.b.t... Alhamdulillah...sudah 2 minggu kembali ke tanah air tercinta. Begitu cepat masa berlalu, praktikal yang bermula 18 Feb 2013 berakhir dengan jayanya pada 3 May 2013. Terlalu banyak pengalaman yang diperolehi sepanjang berada di sana dan tidak di lupa kenangan-kenangan terindah yang dilalui bersama teman-teman di Indonesia yang banyak membantu kami sehingga diri tidak terasa asing berada di sana.

Hari terakhir bersama staff BSM Pusat Malang yang sporting dan baik hati :)

BANK SYARIAH MANDIRI MALANG.. terukir seribu kenangan terindah.. Ribuan terima kasih diucapkan kepada semua karyawan BSM, terutamanya BSM Pusat Malang, BSM Cabang Pembantu Kepanjen dan BSM Cabang Pembantu Soekarno Hatta yang amat baik hati memberi layanan istimewa kepada kami, memberi tunjuk ajar tanpa rasa jemu, berkongsi begitu banyak maklumat mengenai BSM disamping menyediakan beberapa modul serta turut mengadakan kelas sekali seminggu kepada kami dalam memastikan kami mendapat info yang tepat mengenai BSM. Setiap ilmu yang dicurahkan akan kami praktikkan dalam kehidupan.. In sya Allah.. Segala budi baik pihak bank tidak terbalas oleh kami, semoga Allah s.w.t membalas kebaikan di atas bantuan dan ilmu yang diberikan. Semoga BSM terus maju dalam mengembangkan produk-produk berteraskan syariat Islam seterusnya dapat memenuhi keperluan masyarakat Islam di Indonesia keseluruhannya.. Amiinn...

Karyawan BSM Cabang Pembantu Kepanjen :)

Karyawan BSM Cabang Pembantu Soekarno Hatta

Lunch di Padi bersama Pak Tayubi, Pak Welly & Pak Gato'.. Makasi Pak... :)

Tidak lupa ribuan, jutaan terima kasih kepada Pak Tayubi dan teman-teman dari Stikes Widya Cipta Husada yang banyak membantu bermula dari ketibaan kami menjejakkan kaki di Juanda Airport Surabaya sehingga kami berangkat kembali pada 7 May 2013. Terlalu banyak bantuan yang diberikan dari sekecil-kecil urusan sehingga sebesar-besar urusan seperti menguruskan penginapan sehinggalah menyelesaikan masalah memperpanjangkan visa yang timbul. Jazakumullahu khairan kathira, semoga mendapat balasan sebaik-baiknya di sisi Allah s.w.t.

Bersama mbak2 tercinta!! Mbak Iin, Mbak Elda, Mbak Nana.. Mbak Devita?? :)

Akhir sekali, ribuan kemaafan diucapkan jika terdapat kesilapan dan kekhilafan daripada kami sepanjang berada di sisi teman-teman di sana, baik di BSM, di mess atau lainnya, semoga ukhuwah antara kita semua tidak terputus di sini, keep in touch on fb, whasapp, line n wechat.. jangan lupa contact kami sekiranya ke Malaysia :)

♥ "Witing tresno jalaran soko kulino

1 comment:

Anonymous said...

Nice moments