Thursday, December 1, 2011

Hijrah 1433

Belum terlambat rasanya untuk nik ucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru Hijrah 1433 pada semua sahabat, muslimin dan muslimat.

Sama-sama kita berhijrah menuju ke arah kebaikan. Hijrah yang bukan dengan kita memasang niat semata-mata, tetapi hijrah yang disusuli dengan tindakan perubahan, pertahankan dengan kekuatan emosi/fizikal dan kita kuatkan lagi dengan sokongan jiwa/rohani. Moga kehidupan kita lebih terurus, dihiasi dengan perancangan yang lebih baik dan memberi hasil yang terbaik dari sebelumnya. InsyaAllah.

Sebut tengtang hijrah, hari ni, group nik baru sahaja selesai menyiapkan tugasan mengenai TV ALHIJRAH. Dalam subjek Keusahawanan Islam kami diarah agar memilih mana-mana syarikat Islam yang ditubuhkan tidak melebihi 5 tahun penubuhannya dan membuat laporan mengenai syarikat tersebut. Kumpulan kami memilih TV ALHIJRAH, syarikat yang berbentuk perkhidmatan bagi menyiapkan tugasan yang diberi. Kami menyiapkan tugasan ini dengan rasa senang hati kerana selain daripada tarikan yang terdapat pada rancangan Islamic yang disiarkan, kami juga mendapat kerjasama yang baik sepanjang melakukan temubual bersama staff TV ALHIJRAH yang bertempat di Kompleks Pusat Islam Kuala Lumpur.

Layari laman web rasmi http://www.tvalhijrah.com/ untuk mengetahui lebih lanjut mengenai televisyen Islam pertama negara Malaysia ni  :)

Keratan akhbar mengenai TV ALHIJRAH :
(keunikan TV ALHIJRAH)
Kenangan sepanjang berada di TV ALHIJRAH:

video
(trial version..hehehe)


Pembentangan kumpulan kami kelas tutorial tengahari tadi. Alhamdulillah, selesai dengan baik. Terima kasih pada semua yang terlibat. Mohon maaf atas segala kekurangan. Next group, all the best! SALAM HIJRAH  ;)



1 comment:

Anonymous said...

What's up i am kavin, its my first occasion to commenting anywhere, when i read this paragraph i thought i could also make comment due to this
brilliant paragraph.

my webpage ... attacks therapy (en.wikipedia.org)