Friday, May 25, 2012

SeLamAt..

Assalamualaikum w.b.t...

Salam jumaat.. hari ni hari terakhir kuliah untuk semester 2011/2012.. bagi sahabat yang course 3 tahun, tahniah hampir berjaya habiskan pengajian.. xlame dah nak grad \(^ ^,)/.. moga dipermudahkan segala urusan kalian.. yang nak sambung master..all the best!! 

Tapi x habis g..exam dulu ye..dalam sibuk persiapkan diri untuk final, jangan sampai terabai jaga kesihatan, urus masa dengan baik, ingat Allah selalu k... ;) ~ingatan bersama

Sama-sama amalkan doa-doa ni... InsyaAllah


Selamat menjalani minggu study and selamat menduduki peperiksaan buat semua sahabat.. semoga kita dipermudahkan semua urusan, mendapat kejayaan, keberkatan dunia akhirat.. ;)

Sebelum tu, pagi ni kami di Jabatan Syariah Pengurusan ada program Mesyuarat Agung Tahunan JSP @ AGM sesi 2012/2013.. moga lancar semua... n nak wish awal2, tahniah pada adik-adik yang bakal dilantik..selamat meneruskan legasi pimpinan Lajnah Pengurusan Muamalat..moga dapat memikul tanggungjawab dan amanah dengan baik. Mohon maaf segala kekurangan dan kekhilafan sepanjang pimpinan kami sebelum ni. Moga JSP terus maju.. ;)

Mohon maaf terlanjur bicara, tersilap kata.. Wassalam..





Tuesday, February 7, 2012

wahai si dia......^^

Saat si ayah menyerahkan amanahnya pada si dia.....

wahai si dia......^^





Friday, December 2, 2011

Nice Trip

Hari ni pelajar thn3 dan thn2 Pengurusan Muamalat mengadakan lawatan ke Perbadanan Pembangunan Industri Halal (HDC) di Petaling Jaya diiringi oleh lecturer tersayang, Dr Azzah, Cik Putri dan ex-ss, Kak Deeya ;). Di sana, kami diberi penerangan mengenai konsep sebenar halalan toyyiba, latar belakang HDC, peranan HDC, logo halal dan sebagainya. Pendedahan baru ini amat bermakna dan memberi kesan yang positif dalam diri kami terutamanya dalam isu halal yang merupakan antara aspek terpenting dalam kehidupan harian. Terima kasih pada semua. (rase mcm nk jadi sebahagian dari anggota HDC..hehe)


~senior & inter bergabung dalam subjek Kepenggunaan Islam...all the best! ;)


Sedikit sebanyak mengenai HDC:

Perbadanan Pembangunan Industri Halal (HDC)

Halal bukan sekadar satu cara hidup - ia adalah industri global. Yang mempunyai kepentingan dalam sektor perdagangan di seluruh dunia, Pembangunan Halal telah menjadi penyumbang besar kepada semua aspek pertumbuhan ekonomi. Ditubuhkan pada 18 September 2006, Perbadanan Pembangunan Industri Halal menyelaras pembangunan keseluruhan industri Halal di Malaysia. Memberi tumpuan kepada pembangunan piawaian audit halal, pensijilan, termasuk pembinaan kapasiti untuk produk dan perkhidmatan halal, HDC menggalakkan penyertaan dan memudahkan pertumbuhan syarikat-syarikat Malaysia dalam pasaran Halal global. Hasrat untuk membina masyarakat Halal global, HDC membawa industri Halal Malaysia dalam serentak ke arah matlamat yang sama. Dengan memupuk pertumbuhan dan penyertaan perniagaan tempatan ke pasaran halal global, HDC menetapkan bar untuk amalan terbaik Halal di Malaysia untuk memperkayakan pembangunan standard halal global. Melalui pengetahuan dan pengalaman yang tiada tandingannya, HDC adalah pintu masuk ke arah pemahaman yang lebih baik Halal bagi semua.
Visi: Malaysia sebagai Hab Halal Global
Misi: Untuk mewujudkan nilai untuk perniagaan yang mengambil bahagian dalam Industri Halal Global dan memberi manfaat kepada ekonomi Malaysia.

Layari laman web rasmi HDC di www.hdcglobal.com untuk mengetahui lebih lanjut. ;)



Thursday, December 1, 2011

Hijrah 1433

Belum terlambat rasanya untuk nik ucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru Hijrah 1433 pada semua sahabat, muslimin dan muslimat.

Sama-sama kita berhijrah menuju ke arah kebaikan. Hijrah yang bukan dengan kita memasang niat semata-mata, tetapi hijrah yang disusuli dengan tindakan perubahan, pertahankan dengan kekuatan emosi/fizikal dan kita kuatkan lagi dengan sokongan jiwa/rohani. Moga kehidupan kita lebih terurus, dihiasi dengan perancangan yang lebih baik dan memberi hasil yang terbaik dari sebelumnya. InsyaAllah.

Sebut tengtang hijrah, hari ni, group nik baru sahaja selesai menyiapkan tugasan mengenai TV ALHIJRAH. Dalam subjek Keusahawanan Islam kami diarah agar memilih mana-mana syarikat Islam yang ditubuhkan tidak melebihi 5 tahun penubuhannya dan membuat laporan mengenai syarikat tersebut. Kumpulan kami memilih TV ALHIJRAH, syarikat yang berbentuk perkhidmatan bagi menyiapkan tugasan yang diberi. Kami menyiapkan tugasan ini dengan rasa senang hati kerana selain daripada tarikan yang terdapat pada rancangan Islamic yang disiarkan, kami juga mendapat kerjasama yang baik sepanjang melakukan temubual bersama staff TV ALHIJRAH yang bertempat di Kompleks Pusat Islam Kuala Lumpur.

Layari laman web rasmi http://www.tvalhijrah.com/ untuk mengetahui lebih lanjut mengenai televisyen Islam pertama negara Malaysia ni  :)

Keratan akhbar mengenai TV ALHIJRAH :
(keunikan TV ALHIJRAH)
Kenangan sepanjang berada di TV ALHIJRAH:

(trial version..hehehe)


Pembentangan kumpulan kami kelas tutorial tengahari tadi. Alhamdulillah, selesai dengan baik. Terima kasih pada semua yang terlibat. Mohon maaf atas segala kekurangan. Next group, all the best! SALAM HIJRAH  ;)



Monday, August 1, 2011

Salam Ramadhan

Bulan Ramadhan...

"Awalnya Rahmat, pertengahannya Maghfirah & penghujungnya pembebasan daripada api neraka" 



Bulan yang dibuka pintu syurga, ditutup pintu neraka dan diikat para syaitan...

Selamat menyambut bulan Ramdhan dan menjalani ibadah puasa buat semua sahabat, muslimin dan muslimat, semoga dipermudahkan amal ibadat dan mendapat pahala yang melimpah di bulan yang penuh berkah ini...Amin.. 


Mohon maaf zahir dan batin.. :)





Saturday, May 21, 2011

KAKS at Bagan Lalang



Selesai sudah menjalani Kursus Asas Keusahawanan Siswa (KAKS) siri 1 di Hotel Seri Malaysia, Bagan Lalang Sepang. Sepanjang program, banyak ilmu baru tentang keusahawanan kami perolehi. InsyaAllah memberi banyak manfaat pada semua peserta. Terima kasih kepada PUSMAL UM yang menganjur kursus ni juga kepada Encik Azid, Kak Ja, Yeyen, Aqilah dan Ain yang sentiasa bersama kami sepanjang di sana...besttt sangat... :)


Antara kenangan seminggu di Sepang....


First day.. main2.. ^^
bersama penceramah jemputan & usahawan berjaya


kumpulan 2 di dewan bagan 3
sesi menghasilkan produk


tugasan yang mencabar minda, perlukan kerjasama ahli, cekap & bijak dalam membuat keputusan

waktu petang jalan2 tepi pantai
kami...

waktu pagi- exercise tepi pantai, riadah petang- futsal, mandi kolam ramai2...besttt

membuat penyata kewangan syarikat


my frens...wakil muamalat tahun 2..

membuat rancangan perniagaan


malam terakhir...persembahan ckit..mkn bayak...hikhik

last day...sebelum bertolak balik


Encik Azid & barisan urusetia...thanks...

Seminggu dilalui dengan penuh pengisian yang amat bermakna...thanks semua....:) 

Saturday, May 14, 2011

sElamaT bErcuTi !!!

cUti2 Malaysia...
yeahhh...jom cuti!!!!!

~~~Ucapan sempena cuti...hehehe

Buat semua sahabat, selamat bercuti. Jaga diri, jaga kesihatan walau di mana berada. Berhati-hati di jalan raya, jangan drive laju-laju..hehe. Sama-sama kita isi masa cuti selama 3 bulan lebih ni dengan lakukan perkara berfaedah. Rancang dengan betul agar ia dapat memberi manfaat kepada diri, keluarga dan semua. Bagi parents puas hati gitu.. ;) .

Bagi yang duk umah tu jangan malas, jangan gaduh ngan adik, jangan melepak x tentu hala, jangan membazir, tolong parents, sopan-sopan eh...sahabat yang buat part-time, kerja elok2, yang buat short-sem, study rajin-rajin dan sahabat yang terlibat dengan LI, selamat ber'LI'..moga serasi di tempat baru dan mendapat pengalaman yang best-best. Semoga setiap apa yang dilakukan berlaku seperti apa yang dirancang...amin.



Have a nice holiday sahabat. Semoga jumpa lagi di semester depan...bagi sahabat muamalat, sem depan dah tahun 3 kita ni...wahh cepat betul masa berlalu. Apa2 pun, doakan yang terbaik untuk semua... t.cre...Assalamualaikum w.b.t... :)

Tuesday, May 10, 2011

E-mel ari nie... :)

Buka-buka je emel hari nie..dapat 2 mesej ni...

bagitau yg lain...
tarikh nanti cik puteri intan syuhaida megat khas akan  memberitahu kemudian....
jgn tanye lebih2... bosan dgn u all hahahaha

bahasa inggeris 4 : GTEE1104
keusahawanan islam : IPEM 3102
prinsip dan amalan takaful : IPEM3301
teori organisasi : IPEM3302
komunikasi dalam muamalat : IPEM3307
metodologi syariah utk kewangan : IPEM3309
* subjek luar jabatan : nanti aku bagitau kemudian 

Tq saudara zaki 4 the information.... :)
dan mesej ni, 

As salam,

Kepada semua adik-adik yang telah membuat pengesahan untuk menghadiri KAKS Siri 1, anda diminta berkumpul seperti mana berikut :

Tarikh : 14 Mei 2011 (Sabtu)
Masa :   10.00 pagi
Tempat : Dewan Perdana 2

Keperluan yang perlu disediakan :
1.Pakaian formal untuk seminggu
2.Pakaian sukan
3.Laptop

Kita akan bertolak ke tempat kursus dari UM. Jadi, sila berkumpul pada masa dan tempat seperti yang telah disebutkan di atas. Tentatif program selama seminggu akan diberikan semasa pendaftaran sebelum bertolak ke tempat kursus. Sekian.

Kak Ja, PUSMAL

Saatnya hampir tiba...wahhh...xsabarnye...hehehe...