Wednesday, April 9, 2014

JOM DAPATKAN KAIN SULAM TIMBUL INDONESIA

Assalamualaikum w.b.t...

Sahabat2 yang dikasihi.. kini Biznaylifalihah Online mula beroperasi. Menjual KAIN SULAM TIMBUL INDONESIA, menggunakan kain yang berkualiti dengan nukilan bunga terbaik dari Indonesia..










Lebih banyak pilihan di fb Biznaylifalihah Online. 

Jangan lepaskan peluang anda untuk dapatkannya. Kain berkualiti yang A+++ dengan jahitan sulam yang tampak kemas lagi menarik. Harga berpatutan. Jom dapatkan sekarang! Pm@whatsapp 0129636776 untuk keterangna lanjut. Pre-order sehingga 11 April ini. ",)

Wednesday, March 26, 2014

PELIKAT PANTS B.O.B ORIGINAL drpd AFDLIN SHAUKI

Assalamualaikum w.b.t...

Kepada sesiapa yang tercari-cari PELIKAT PANTS B.O.B ORIGINAL daripada AFDLIN SHAUKI tidak perlu risau lagi.. kini saya ada menjualnya dengan harga "PROMOSI" RM80, free postage.

Ukuran Saiz
Size S : 25' - 30'
Size M : 31' - 40'
Size L : 41' - 50'
Size XL : 51' - 60'



Berminat???
Apa tunggu lagi... jom pm saya laju2

Fb : Nurul Amrina 
Whasapp : 0166224985
Sms : 0148406421


MH370 dalam kenangan

Inna lillahi wa inna ilaihi raji'un.. takziah buat keluarga kru dan penumpang  #MH370.. semoga keluarga kuat, tabah hadapi ujian.. #alFatihah...

#pray4MH370.. moga dipermudahkan urusan pencarian objek pesawat.. pasukan penyelamat selamat pergi & pulang...amiinn


KEHIDUPAN.. 

setiap yang berlaku ada hikmahnya, jangan dipersoalkan kerana kita hamba, 
semua adalah milikNya, untuk kita hanya pinjaman semata, 
bersabar dan terus berdoa, moga menjadi hamba yang redha.

hidup sentiasa menghargai.. tiada ruang untuk membenci.. sayangi orang sekeliling.. sebelum perginya ia mengadap Ilahi ~ motivasi diri.


Monday, February 17, 2014

Kekal di hati kami..

Assalamualaikum w.b.t...

Dua peristiwa.. 12 & 14 Rabiulakhir 1435 H

Kelahiran baby girl comel Nurul Nayli Falihah..my first niece.. 12/2/2014, Rabu, 4.15am...berat 2.9kg at Hospital Besar Jertih, Besut, Terengganu. Semoga menjadi anak yang solehah, pengikat kasih, pengubat duka lara abah & ibu dan kami sekeluarga. my dear sweetheart.. ^^


Kembalinya nenek kami yang tersayang ke rahmatullah.. Tuan Noor Binti Megat Hamat @ che'.. 14/2/2014, Jumaat, 4.50am. .Hajat che' melihat cicit tercapai.. begitu juga perginya pada hari Jumaat yang mulia..syukur alhamdulillah.. semoga rohnya dicucuri rahmat-Mu Ya Allah.. akan sentiasa merindui, kenangan manis bersama..kami sayang che' ^^


Maha Suci Allah.. Engkau menyambung kasih sayang kami..mengambil dan menggantikan..jadikan kami hamba-Mu yang redha dengan setiap ketentuan-Mu..semoga che' tenang di sana..berada bersama para solihin.. Amiinn.. 

Semua milik Allah,... -al-Fatihah.


Friday, February 7, 2014

Sorotan literatur

Assalamualaikum w.b.t

Dah start nak buat thesis baru sibuk nak cari cara study sorotan literatur.. belek2 blog berkaitan..

http://amaniresearch.blogspot.com/2011/04/tinjauan-literatur-sorotan-kajian.html
http://zt2213.blogspot.com/2009/10/cara-menulis-sorotan-literatur.html
http://edu5900group2.blogspot.com/2012/10/apakah-sorotan-literatur.html
http://deriakacamata.blogspot.com/2013/09/sorotan-literatur-literature-review.html
http://coretanilmu-ina.blogspot.com/2010/11/sorotan-literatur.html
http://atiqahaiza.blogspot.com/2013/10/penulisan-sorotan-literatur-literature.html

thanks a lots atas perkongsiannya... ^^

Baru 15 article y dipilih nak kene baca nie.. mcm mn den nak bagi rajin baca dan cpt faham semua article/ journal ni.. S.E.M.A.N.G.A.T !!!


:: Alhamdulillah, syukur pada-Mu Ya Allah..
moga dipermudahkan urusan hamba-Mu ini...amiinnn

Wednesday, January 29, 2014

Baby boy @ baby girl..?

Assalamualaikum w.b.t.. ◕ ‿ ◕
Menunggu kehadiran orang baru.. excited, waiting for my first nephew...two weeks to go..  \(^^,)/..


Sentiasa mendoakan kak long & baby sihat,
k.long dipermudahkan bersalin dan kedua-dua selamat semasa proses bersalin nanti..

baby boy 0r baby girl.. kami tunggu... \(^^,)/


Mohon doa dari teman2, moga selamat semua  ^^




Tuesday, December 31, 2013

Salam terakhir 2013

Kul12 nanti dah masuk tahun baru..umur berkurang or bertambah?? fikir2kan..better muhasabah ^^

Tahun 2013, byk kenangan manis, x kan ku lupa... peristiwa2 penuh makna :)

Tinggal kenangan... bye 2013 & all my sad story.. saya nak terus maju ke depan..perbaiki diri. insyaAllah.. tahun lalu, jadikan pengajaran dari pengalaman..

Terima kasih yang mengenali, sentiasa di sisi or yang mengingati..

Buat semua..ku mohon maaf salah silap...

to 2014.. Bismillahirrahmanirrahim...



Friday, November 1, 2013

INTERNATIONAL CONVENTION ON ISLAMIC MANAGEMENT (ICIM2013)

Seminar Anjuran Jabatan Syariah dan Pengurusan (JSP), Akademi Pengajian Islam, UM  dengan kerjasama Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) 


Jemput datang beramai2.. pendaftaran masih dibuka.. ",)


http://umconference.um.edu.my/




Saturday, October 26, 2013

My title..

KAEDAH PENGAJIAN SYARIAH (IXGH6111)

*Student individual/oral presentation (11.12.2013)
*Inovasi Hukum Tanpa Qiyas Usul al-Fiqh konvensional
*Masih mencari maklumat. Ada idea ley kongsi bersama... ",)






Friday, October 25, 2013

CintaPutusBila.. but.. ",)

Tipulah..Bila mulut cakap tak sakit, padahal hati rasa nak gugur bila ditinggalkan oleh orang yg kita sayang..

Tipulah ..Bila tiap-tiap hari simpan niat dalam diri yang kita akan lupakan dia..padahal dia jugak yang muncul dalam kotak memori bersama dengn kenangan yang ada..

Tipulah..Bila kita cakap tak nak kisah pasal dia..dan akhirnya dia juga yang kita kisah dan cuba ambil tahu kehidupan dia macam mana..

Tipulah..Bila diri ni pernah simpan niat,bahawa kita takkan pernah menangis kerana dia..dan akhirnya dia juga yg kita tangisi..

Serius..diri ni pernah rasa semua tu..pernah rasa saat-saat sakit sampai demam bila ditinggalkan..Pernah rasa semangat dalam diri ni hilang seperti hilangnya dia dari hidup ni..

Tapi ..Sungguh Allah itu Maha hebat..disaat diri ni rasa kehilangan..

Dekat Dia juga diri ni menangis dan memohon supaya ditarik rasa sakit dihati ni..

Dekat Dia juga diri ni mohon sungguh-sungguh ..banyak-banyak kali..supaya dihilangkan beban kecewa dihati ni..

Dekat Dia juga,diri ni berdoa supaya dibantu diri hambaNya yang lemah ini supaya redha atas kehilangan dia agar Allah juga redhai perjalanan hidup kita..

Dan..setiap kali itulah..rasa ditiup semangat dan kata-kata dalam diri ni..bahawa ada orang lain lagi susah daripada ku..lagi sedih hidupnya daripada ku..

Dan setiap kali itu juga diri ni dapat rasa..akal fikiranku seperti menasihati supaya Bersabar dan Redha atas apa jua ketentuan dan takdir yang sudah lama Allah tetapkan..

Dan makin lama,diri ni mula memahami..mula menjadi lebih kuat..mula belajar senyum dengan ikhlas…mula menyimpan azam menjadi muslimah yang lebih baik..dan mula belajar melepaskan dia..

Sungguh memang diri ni faham..sangat-sangat faham hati memang sakit bila ditinggalkan orang yang kita sayang..

Tapi selalu mesti ada sebab..Selalu mesti ada hikmah Allah nak tunjuk..Selalu mesti ada benda Allah nak ajar..

Bersyukurlah atas nikmat lain yang masih kau miliki..

Kalau diikutkan masih banyak nikmat yang Allah dah bagi..diberi mata supaya dapat melihat keindahan ciptaan Allah yang maha hebat..diberi hidung supaya dpat menghirup nafas segar milik Allah yang sangat menyenangkan hati..dan banyak lgi nikmat lain yang Allah bagi secara PERCUMA!

Maka,

Pandanglah pada hikmahnya atas kehilangan..bukan kesedihannya..Pandanglah pada manisnya kehilangan..bukan pahitnya..

Berdoalah yang baik-baik kepada dia..bukannya makian..Allah pasti menggantikan yang lebih baik daripada dia..Yakinlah kepada Allah ..

Jangan lupa..jadilah hamba Allah yang lebih baik akhlaknya,imannya,taqwanya..sebab lelaki yang baik utk wanita yang baik..begitu juga sebaliknya