Wednesday, January 23, 2013

Salam Maulidur Rasul 1434 / 2013


 "WASATIYYAH TONGGAK KESATUAN UMMAH"

Rasulullah Idola Terunggul

"Dan bahawa sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) mempunyai akhlak yang amat mulia."
(Surah Al-Qalam, ayat 4)

"Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredhaan) Allah dan (balasan baik) Hari Akhirat, serta ia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang)."
(Surah Al-Ahzaab, ayat 21)

http://www.iluvislam.com/gaya-hidup/kepimpinan/4689-rasulullah-idola-terunggul.html




Monday, January 21, 2013

Hadiah si Kecik

Hari ni..keluar beli barang.. motif utama.. beli hadiah adik kecik yang bising duk tuntut..lame sudah..hehe..xpe..,demi kamu my dear...xsabo nak jupe.. ;)

Kak chik doakan adik Nik Humairah yang comey success sokmo..jadi anak yang solehah..t besar dapat balas jasa mak ayah.. :)

Dah siap balut...lambat sampai ke tuannya.. birthday 14/1.. terima..???

Hadiah x seberapa dari kak chik.. ^^


Saturday, January 19, 2013

Praktikal

Alhamdulillah...dah habis final exam..moga result geMPAKK.. amiin..

Langkah seterusnya.. u need to complete ur degree programme cik nik.. lagi 6jam.. Industrial Training, 12 week (18/2/2012 - 10/5/2013).... ohooo....
  
Daftar, sudah..


After banyak kali fikiran berbolak-balik... PNB Seremban or Bank Syariah Mandiri Indonesia.., tengok ni dah dapat tahu LI katne... 


Moga keputusan ni memberi lebih banyak kebaikan dan manfaat pada diri dan semua... kini..,sabar menunggu.... CITRA cepat approve me..hehe ",)







Sunday, December 9, 2012

UM : Aku Masih Di Sini

Pejam celik dah tahun 4, after hari ni, berbaki 2 minggu lagi kuliah untuk sem 1 2012/2013.. tahun depan sem 2, akan habiskan baki jam kredit untuk praktikal.. PNB, SEREMBAN or BANK MANDIRI, INDONESIA..??? nantikan...

Sekarang meniti saat-saat terakhir di Kolej Kediaman Raja Dr Nazrin Shah, penuh memori suka-duka 4 tahun stay di kolej12.. ^_^.. baki yang tinggal, menyiapkan assingment..masih banyak tugasan perlu disiapkan sebelum mula cuti ulangkaji.

2 minggu lagi..,: menghabiskan presentation, mengurus hal berkaitan latihan industri, mendengar kuliah terakhir bagi Program Sarjana Muda Pengurusan Muamalat dari pensyarah-pensyarah tersayang, ..,  and tak lupa, masa-masa bersama kawan-kawan jabatan, belajar, berbincang, bertekak, bergurau...sweet memory with u all....very nice!! (Mama' Sana'a).  Memory 4-ever!!!

xdok gambo terbaru cni...2012..kene g amik ni b4 thn depan..hohoho

Final exam : 8/12/2012 ---> 17/12/2012  (all the best semua.. moga success sokmo..insyaAllah ",)





Friday, May 25, 2012

SeLamAt..

Assalamualaikum w.b.t...

Salam jumaat.. hari ni hari terakhir kuliah untuk semester 2011/2012.. bagi sahabat yang course 3 tahun, tahniah hampir berjaya habiskan pengajian.. xlame dah nak grad \(^ ^,)/.. moga dipermudahkan segala urusan kalian.. yang nak sambung master..all the best!! 

Tapi x habis g..exam dulu ye..dalam sibuk persiapkan diri untuk final, jangan sampai terabai jaga kesihatan, urus masa dengan baik, ingat Allah selalu k... ;) ~ingatan bersama

Sama-sama amalkan doa-doa ni... InsyaAllah


Selamat menjalani minggu study and selamat menduduki peperiksaan buat semua sahabat.. semoga kita dipermudahkan semua urusan, mendapat kejayaan, keberkatan dunia akhirat.. ;)

Sebelum tu, pagi ni kami di Jabatan Syariah Pengurusan ada program Mesyuarat Agung Tahunan JSP @ AGM sesi 2012/2013.. moga lancar semua... n nak wish awal2, tahniah pada adik-adik yang bakal dilantik..selamat meneruskan legasi pimpinan Lajnah Pengurusan Muamalat..moga dapat memikul tanggungjawab dan amanah dengan baik. Mohon maaf segala kekurangan dan kekhilafan sepanjang pimpinan kami sebelum ni. Moga JSP terus maju.. ;)

Mohon maaf terlanjur bicara, tersilap kata.. Wassalam..





Tuesday, February 7, 2012

wahai si dia......^^

Saat si ayah menyerahkan amanahnya pada si dia.....

wahai si dia......^^





Friday, December 2, 2011

Nice Trip

Hari ni pelajar thn3 dan thn2 Pengurusan Muamalat mengadakan lawatan ke Perbadanan Pembangunan Industri Halal (HDC) di Petaling Jaya diiringi oleh lecturer tersayang, Dr Azzah, Cik Putri dan ex-ss, Kak Deeya ;). Di sana, kami diberi penerangan mengenai konsep sebenar halalan toyyiba, latar belakang HDC, peranan HDC, logo halal dan sebagainya. Pendedahan baru ini amat bermakna dan memberi kesan yang positif dalam diri kami terutamanya dalam isu halal yang merupakan antara aspek terpenting dalam kehidupan harian. Terima kasih pada semua. (rase mcm nk jadi sebahagian dari anggota HDC..hehe)


~senior & inter bergabung dalam subjek Kepenggunaan Islam...all the best! ;)


Sedikit sebanyak mengenai HDC:

Perbadanan Pembangunan Industri Halal (HDC)

Halal bukan sekadar satu cara hidup - ia adalah industri global. Yang mempunyai kepentingan dalam sektor perdagangan di seluruh dunia, Pembangunan Halal telah menjadi penyumbang besar kepada semua aspek pertumbuhan ekonomi. Ditubuhkan pada 18 September 2006, Perbadanan Pembangunan Industri Halal menyelaras pembangunan keseluruhan industri Halal di Malaysia. Memberi tumpuan kepada pembangunan piawaian audit halal, pensijilan, termasuk pembinaan kapasiti untuk produk dan perkhidmatan halal, HDC menggalakkan penyertaan dan memudahkan pertumbuhan syarikat-syarikat Malaysia dalam pasaran Halal global. Hasrat untuk membina masyarakat Halal global, HDC membawa industri Halal Malaysia dalam serentak ke arah matlamat yang sama. Dengan memupuk pertumbuhan dan penyertaan perniagaan tempatan ke pasaran halal global, HDC menetapkan bar untuk amalan terbaik Halal di Malaysia untuk memperkayakan pembangunan standard halal global. Melalui pengetahuan dan pengalaman yang tiada tandingannya, HDC adalah pintu masuk ke arah pemahaman yang lebih baik Halal bagi semua.
Visi: Malaysia sebagai Hab Halal Global
Misi: Untuk mewujudkan nilai untuk perniagaan yang mengambil bahagian dalam Industri Halal Global dan memberi manfaat kepada ekonomi Malaysia.

Layari laman web rasmi HDC di www.hdcglobal.com untuk mengetahui lebih lanjut. ;)



Thursday, December 1, 2011

Hijrah 1433

Belum terlambat rasanya untuk nik ucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru Hijrah 1433 pada semua sahabat, muslimin dan muslimat.

Sama-sama kita berhijrah menuju ke arah kebaikan. Hijrah yang bukan dengan kita memasang niat semata-mata, tetapi hijrah yang disusuli dengan tindakan perubahan, pertahankan dengan kekuatan emosi/fizikal dan kita kuatkan lagi dengan sokongan jiwa/rohani. Moga kehidupan kita lebih terurus, dihiasi dengan perancangan yang lebih baik dan memberi hasil yang terbaik dari sebelumnya. InsyaAllah.

Sebut tengtang hijrah, hari ni, group nik baru sahaja selesai menyiapkan tugasan mengenai TV ALHIJRAH. Dalam subjek Keusahawanan Islam kami diarah agar memilih mana-mana syarikat Islam yang ditubuhkan tidak melebihi 5 tahun penubuhannya dan membuat laporan mengenai syarikat tersebut. Kumpulan kami memilih TV ALHIJRAH, syarikat yang berbentuk perkhidmatan bagi menyiapkan tugasan yang diberi. Kami menyiapkan tugasan ini dengan rasa senang hati kerana selain daripada tarikan yang terdapat pada rancangan Islamic yang disiarkan, kami juga mendapat kerjasama yang baik sepanjang melakukan temubual bersama staff TV ALHIJRAH yang bertempat di Kompleks Pusat Islam Kuala Lumpur.

Layari laman web rasmi http://www.tvalhijrah.com/ untuk mengetahui lebih lanjut mengenai televisyen Islam pertama negara Malaysia ni  :)

Keratan akhbar mengenai TV ALHIJRAH :
(keunikan TV ALHIJRAH)
Kenangan sepanjang berada di TV ALHIJRAH:

(trial version..hehehe)


Pembentangan kumpulan kami kelas tutorial tengahari tadi. Alhamdulillah, selesai dengan baik. Terima kasih pada semua yang terlibat. Mohon maaf atas segala kekurangan. Next group, all the best! SALAM HIJRAH  ;)



Monday, August 1, 2011

Salam Ramadhan

Bulan Ramadhan...

"Awalnya Rahmat, pertengahannya Maghfirah & penghujungnya pembebasan daripada api neraka" 



Bulan yang dibuka pintu syurga, ditutup pintu neraka dan diikat para syaitan...

Selamat menyambut bulan Ramdhan dan menjalani ibadah puasa buat semua sahabat, muslimin dan muslimat, semoga dipermudahkan amal ibadat dan mendapat pahala yang melimpah di bulan yang penuh berkah ini...Amin.. 


Mohon maaf zahir dan batin.. :)