Assalamualaikum w.b .t.. . Salam jumaat barakah..😊.
Semalam berkesempatan mengutip mutiara ilmu, diberi rezeki oleh Allah untuk hadir program anjuran Nisa' Wilayah Persekutuan di Masjid Ar-Rahman, Bangsar bersama sahabat-sahabat seperjuangan.
Mengikuti forum bertajuk Wanita Mencari Nafkah : Cabaran Wanita Bekerja dandan Pengurusan Kewangan disampaikan oleh Datuk Dr Ustazah Norhafizah Musa. Ni kali ke-2 secara live bersama beliau mengutip mutiara ilmu, kata-kata nasihat yang penuh manfaat untuk diamalkan. Alhamdulillah
Suka untuk saya berkongsi tiga point penting yang diperolehi dari tajuk forum semalam, iaitu berkaitan peranan wanita berkerjaya, cara mengatasi cabaran wanita berkerjaya dan cadangan mengurus cabaran.
1) Peranan wanita.
★Dalam rumah tangga, sebagai isteri/ibu → sudah satu sumbangan yang besar kepada masyarakat dan negara.
★Keluar berkerja
→diharuskan dalam keadaan yang biasa (berkerja/belajar)
→haram bila suami tidak benarkan atau perkerjaan yang menyalahi syarak
→wajib sekiranya ia adalah jalan untuk tanggung diri sendiri @ orang yang berada di bawah tanggungannya
Oleh itu, bagi wanita berkerjaya perlu siapkan fizikal, mental, ilmu, emosi untuk hadapi cabaran kerja + kahwin .
Cara hadapi @ atasi stress
→hati yang bersih (akan menstabilkan semua keadaan). Bagaimana nak jaga tu???
◇urus kan pandangan , tadabbur surah Taha:130-131, sebagai formula jadikan hati tenang.
فَاصْبِرْ عَلَى مَا يَقُولُونَ وَسَبِّحْ بِحَمْدِ رَبِّكَ قَبْلَ طُلُوعِ الشَّمْسِ وَقَبْلَ غُرُوبِهَا وَمِنْ آنَاء اللَّيْلِ فَسَبِّحْ وَأَطْرَافَ النَّهَارِ لَعَلَّكَ تَرْضَى
Oleh itu, bersabarlah engkau (wahai Muhammad) akan apa yang mereka katakan, dan beribadatlah dengan memuji Tuhanmu sebelum matahari terbit dan sebelum terbenamnya; dan beribadatlah pada saat-saat dari waktu malam dan pada sebelah-sebelah siang; supaya engkau reda (dengan mendapat sebaik-baik balasan).
وَلَا تَمُدَّنَّ عَيْنَيْكَ إِلَى مَا مَتَّعْنَا بِهِ أَزْوَاجاً مِّنْهُمْ زَهْرَةَ الْحَيَاةِ الدُّنيَا لِنَفْتِنَهُمْ فِيهِ وَرِزْقُ رَبِّكَ خَيْرٌ وَأَبْقَى
Dan janganlah engkau menujukan pandangan kedua matamu dengan keinginan kepada apa yang telah Kami berikan kepada beberapa golongan dari mereka yang kafir itu menikmatinya, yang merupakan keindahan kehidupan dunia ini, untuk Kami menguji mereka padanya; sedang limpah kurnia Tuhanmu di akhirat lebih baik dan lebih kekal.
◇jangan lalai dengan nikmat dunia yang Allah bagi yang mungkin untuk menguji kita
◇jangan tengok apa yang orang lain ada , jangan compare terutamanya bila lihat media sosial
~SABAR, MUDAH-MUDAHAN KAMU TENANG~
2) Cara mengatasi cabaran wanita berkerjaya
◆Pengurusan kesakitan 'pain management' *benda yang paling mudah sakit adalah hati
◆Jadilah seorang yang selalu tadabbur al_Quran.
*Tadabbur surah Yusuf: 46-50 (hebatnya Nabi Yusuf diuji)
> Nabi Yusuf dikhianati oleh orang yang disayangi, yang sepatutnya melindunginya,
>Subhanallah, tiada kesakitan di hati Nabi Yusuf. Setelah bertahun-tahun, Nabi Yusuf tidak pernah mengungkit satu keburukan pun terhadap saudara-saudaranya.
"Dan bersabarlah (wahai Muhammad terhadap perbuatan dan telatah golongan yang ingkar itu); dan tiadalah berhasil kesabaranmu melainkan dengan (memohon pertolongan) Allah; dan janganlah engkau berdukacita terhadap kedegilan mereka, dan janganlah engkau bersempit dada disebabkan tipu daya yang mereka lakukan. (Al-Nahl 16:127)
"Tidaklah kamu sabar melainkan dengan pertolongan Allah"
Tip: Rasa sakit hati, baca al-Quran, tadabbur, fahamkan, amalkan.
◆Belajar memaafkan
> hati tak sakit, badan lega, hati bahagia
> mengubat dengan janji-janji Allah
> mengeluh tidak menyelesaikan masalah
Amalkan doa Surah al-Israa': 111
......تَوَكَّلْتُ عَلَى الْحَيِّ الَّذِي لا يَمُوتُ.... ، وَالْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِي لَمْ يَتَّخِذْ وَلَدًا
Saya bertawakkal kepada Allah yang Maha Hidup tidak mati-mati,......
وَقُلِ الْحَمْدُ لِلّهِ الَّذِي لَمْ يَتَّخِذْ وَلَداً وَلَم يَكُن لَّهُ شَرِيكٌ فِي الْمُلْكِ وَلَمْ يَكُن لَّهُ وَلِيٌّ مِّنَ الذُّلَّ وَكَبِّرْهُ تَكْبِيراً
Dan katakanlah: "Segala puji tertentu bagi Allah yang tiada mempunyai anak, dan tiada bagiNya sekutu dalam urusan kerajaanNya, dan tiada bagiNya penolong disebabkan sesuatu kelemahanNya; dan hendaklah engkau membesarkan serta memuliakanNya dengan bersungguh-sungguh!" Surah al-Israa': 111
3) Cadangan mengurus cabaran, (urus suami, anak, kerjaya, gangguan media sosial dan masyarakat sekeliling).
3) Cadangan mengurus cabaran, (urus suami, anak, kerjaya, gangguan media sosial dan masyarakat sekeliling).
♡ kembali kepada syariat Islam, yakini agama Allah, yakin dengan al-Quran.Islam dah meletakkan garis panduan, sebagai hamba Allah, sebagai khalifah di muka bumi.
♡ menghargai waktu - akan mendorong kita melakukan yang terbaik dalam setiap urusan/perkara, setiap detik adalah berharga.
♡ pengurusan kesihatan > ilmu streching, (akibat dari stress, stamina jatuh, sakit badan, jadi perlu pada streching), pemakanan, senaman dll.
♡ pengurusan kesihatan > ilmu streching, (akibat dari stress, stamina jatuh, sakit badan, jadi perlu pada streching), pemakanan, senaman dll.
p/s: sentiasa menjaga penampilan diri sesibuk mana pun kita (teknik sederhana, tapi impaknya besar).
Maafkan insan kerdil ini. Sekian~nanl